TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Thursday, November 29, 2012

PAS FOR ALL IN JOHOR?


Bersandarkan kata-kata jika sesiapa yang datang ke negeri itu akan mendapati bendera PAS dan Pakatan Rakyat ada di mana-mana, malah hingga di ceruk kampung yang selama ini diketahui sebagai ‘lubuk Umno’, PAS membuat kesimpulan bahawa sokongan rakyat Johor kepada mereka semakin kukuh. Betul le tu, di mana-manapun ada bendera PAS hatta buat bikini juga pakai lambang PAS.


Pirahhh....bendera PAS melambak kat Johor bukanlah tanda sokongan meningkat. Akal orang Johor masih lagi waras. Nak meningkat bagaimana sebagai contoh kat tempat aku di Tenggara, kerja menaikkan bendera PAS hanya dibuat oleh sepasang suami isteri. Mungkin PAS bayar gaji agaknya. Kalau ada 10 bendera, 100 bendera, 1000 bendera yang naik itu jugalah orang yang memasangnya. Mana kata meningkatnya sokongan?

Nampaknya PAS akan teruslah syok sendiri untuk menang kerusi di Johor. 

Bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa isu yang wajib pihak kepimpinan tertinggi UMNO melihat dengan lebih serius lagi. Umpamanya isu Pengerang dan isu Lim Kang Ho. Kedua-dua isu ini bukan sahaja akan dipergunakan oleh PAS dan Pakatan, malah ia juga telah berlegar disekitar perbualan ahli UMNO sendiri dan perkaitannya dengan Menteri Besar Johor makin merumitkan lagi keadaan.

Dipendekkan cerita, melalui perbualan dengan pengundi biasa, ahli politik, malahan penyokong kuat parti UMNO, hanya satu kesimpulan sahaja iaitu faktor Ghani akan memainkan peranan akan kecil besarnya kemenangan BN di Johor. Sebagaimana sebelumnya dalam penulisan aku, pucuk kepimpinan UMNO perlu menamakan pengganti Ghani di Johor sebelum PRU 13. Dengan tindakan awal ini, suasana politik Johor akan jauh berubah lebih-lebih lagi dengan janji membuat pembetulan dan pembaikan terhadap segala perkara dan isu yang dilihat sebagai silap oleh rakyat kebanyakan. 


1 comment:

Mummy Meow said...

Hilang tension aq sat.....

celako celako celako..ttapi mata ttp dok pandang gak kat model tuh...

Muahaahahahahhahahahahahah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI