TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Saturday, January 5, 2013

1 - 0 UNTUK AZALINA


Patut ke kalau aku katakan bahawa dalam menangani masalah Pengerang, Azalina dah kena 1 - 0? Itupun kalau dakwaan yang dibuat oleh badan pemantau NGO Pengerang berkenaan berlakunya kerja-kerja semberono oleh kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk mengalih kubur-kubur orang Islam di Pengerang itu benar-benar berlaku.


Samada perkara di atas benar atau tidak, sehingga ianya diarahkan tangguh oleh Jabatan Mufti Johor, masih belum terdengar apa-apa kenyataan dari pihak Ahli Parlimen Pengerang. Isu-isu yang sensitif sebegini, dikala Pengerang sedang diperhatikan, mengapa ianya dijuarai oleh NGO? Kalau NGO mampu mengadakan badan pemantau, apakah MP Pengerang ada mewujudkan badan pemantau?

Apakah BN dan UMNO begitu yakin bahawa Pengerang akan tetap mengundi BN sehingga hal-hal sebegini terlepas pandang kerana warga Pengerang dah berpuas hati dengan menjadi OKB? Atau ini mungkin merupakan petunjuk bahawa pucuk pimpinan UMNO dan BN perlu bersegera menamakan calon PRU 13 kerana di Pengerang ini, ura-ura Ahli Parlimennya tidak tercalon semula sangat kuat bertiup, lalu dek ketidak tentuan ini menjadikan seseorang itu jadi hambar untuk bekerja?


1 comment:

Arif Jizat said...

Benarkah ada mayat.... atau hanya sekadar kain putih...

kain kafan kalau dah bertahun dalam lahat masih putih kah?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI