TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Friday, March 8, 2013

ALHAMDULILLAH....

   
Alhamdulillah. Kami para UMNO di DUN Pasir Raja, selepas sahaja selesai solat Maghrib tadi telah bersolat hajat dengan berimamkan Imam Masjid Abad Makkah, Tuan Hj Mohamad Sharif Imrani di Masjid Kg Sri Jaya memohon agar keamanan negara tercinta ini terus dipelihara oleh Allah SWT.
  
  
Sementara menunggu waktu Isyak, diadakan majlis Tazkirah. Tuan Hj Mohamad Sharif Imrani yang telah berbelas tahun mengulangi Malaysia kerana memenuhi jemputan berbagai masjid, rupanya agak fasih berbahasa Malaysia. Dalam tazkirahnya, sempat juga dia mengingatkan agar rakyat Malaysia sentiasa bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati serta sentiasa berdoa agar keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini akan terus dipelihara dan dikekalkan oleh Allah SWT.

Walaupun agak kurang promosi kerana mungkin persediaan yang singkat, rasanya dicampur jemaah lelaki dan perempuan, lebih dari 200 orang yang hadir. Turut hadir ialah ADUN Pasir Raja, Datuk Dr Adham Bin Baba, Datuk Hj Suhaimi Khalid - Naib Ketua UMNO Tenggara, Datin Hjh Salasiah Idris - Ketua Wanita UMNO Tenggara dan juga para pemimpin akar umbi Tenggara. 

Alhamdulillah, kami sayang negara kami. Semoga keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini akan turut dapat dinikmati oleh anak cucu kami nanti - Insyaallah.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI