TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Tuesday, September 3, 2013

ISA NAK JAGA UMNO ATAU NAK JAGA FELDA?

   
Mungkin elok, sekali lagi aku tanya pada TS Isa Samad ni. Sibuk-sibuk nak tawarkan diri bertanding Naib Presiden UMNO pada PAU kali ini, TS Isa nak jaga UMNO ke atau nak jaga Felda?

Kalau nak jaga UMNO, rasanya pada PRU 13, UMNO dah menunjukkan peningkatan yang agak baik berbanding PRU 12 yang mana pada PRU 13, UMNO berjaya menambah kemenangan kepada 89 kerusi Parlimen berbanding 79 pada PRU12. Dan apakah kalau TS Isa memegang jawatan Naib Presiden UMNO, Felda akan menjadi lebih baik jika dibandingkan sekarang yang mana Felda mendapat perhatian terus dari Presiden UMNO?

Dan, apakah kalau TS Isa dapat jadi Naib Presiden UMNO, prestasi UMNO akan lebih baik lagi untuk menghadapi PRU14? Kalau memang benar TS Isa bijak mengurus ehwal politik, elok juga dia menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden UMNO tu. Tapi dalam masa yang sama, nasib orang Felda jangan digadaikan. Kalau sibuk nak jaga politik, rasanya eloklah TS Isa melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Felda. Bagi orang lain yang lebih bijak mengurus ekonomi yang tak pandai berpolitik. Yang sepenuh masa dengan urusan Felda dan tak punya masa untuk urusan politik. Lagipun, kayu pengukur kejayaan Felda pada hari ini ialah FGVH. Apa dah jadi dengan FGVH. Tengok harganya pada hari ini dan grafnya yang semakin hari semakin menurun.
       
      
Atau apakah TS Isa mampu menjamin bahawa sekiranya dia menang jawatan Naib Presiden UMNO, graf perniagaan FGVH tu akan mencanak naik? Orang Feldapun dah semakin gerun tengok graf FGVH ni. Jangan sampai orang Felda juga gerun nak tengok TS Isa dan bila menang pulak jawatan Naib Presiden UMNO, orang Felda akan gerun pulak nak tengok UMNO!!!


2 comments:

Anok Nogoghi said...

Isa patut tumpukan kepada Felda, buktikan yang dia mampu menerajui badan tersebut. Berikan ruang kepada orang lain untuk NPU itu. Jangan kemaruk sangat nanti yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran. Kejayaan Felda sehingga tahap hari ini bukan disebabkan oleh beliau, tetapi pengurusan sebelum ini. Tugas beliau adalah untuk sustain dan take off dari paras/tahap yang ada sekarang.

Kalau tangan kiri pegang stereng, tangan kanan pegang telefon, agak-agak selekoh depan kemana lori yang dipandunya?

Anonymous said...

FELDA dan UMNO tidak dapat dan tidak boleh dipisahkan sebab FELDA ada banyak duit .Kerana FELDA ada banyak duit dan harta bernilai naka orang yang akan menaerajui FELDA mesti ada hubungan baik dan dipercayaai oleh Najib .Walau apa pun orang kata termasuk orang FELDA peneroka anak felda tidak mampu untuk membuang Isa.ISA adalah banker Najib dan UMNO.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI