Rasanya ramai rakyat Malaysia merasa lega dengan keputusan BERSIH untuk berkumpul di stadium. Setelah mendapat bantahan pelbagai pihak sehinggakan KDYMMYDP Agong terpaksa mengeluarkan Titah khas berkaitan BERSIH, petang tadi barulah rasanya keadaan semacam agak reda.
Perkara yang paling utama sekali di sini ialah sekiranya Ambiga, memahami bantahan rakyat ramai, memahami kehendak rakyat, memahami bahasa Melayu, keadaan tidak mungkin akan setegang ini. Tetapi pemimpin BERSIH ini mempunyai ego yang tinggi sehingga memandang rendah kepada kerajaan yang dipilih melalui proses demokrasi mungkin kerana percaturan atau dalam pandangannya beliau mendapat sokongan yang terlalu hebat samada dari dalam mahupun luar negara.
Kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan yang memegang amanah, mana mungkin akan membiarkan keamanan dan kemakmuran yang telah terbina sekian lama ingin dihancurkan begitu sekali. Justeru itu, dalam memberikan hak-hak rakyat, kerajaan awal-awal lagi telah menawarkan stadium untuk kumpulan BERSIH berkumpul, bukannya berarak di jalanraya tetapi mengapa tawaran awal tersebut ditolak?
Mungkin banyak perkara yang tidak diketahui oleh rakyat kebanyakan. Namun pihak keselamatan negara mempunyai banyak sumber mahupun perisikan yang hebat. Sekiranya pihak keselamatan tidak menghidu sesuatu yang teramat buruk bakal berlaku, masakan pihak Polis mengeluarkan kenyataan bahawa adanya kemungkinan pihak Tentera akan dipanggil untuk membantu. Sedangkan selama ini berapa hebatpun demonstrasi jalanan oleh pembangkang, pihak Polis masih mampu menangani sendiri. Perkara ini perlu disedari dan diperhalusi oleh rakyat.
Untuk itu, kepada rakyat yang benar-benar ikhlas sayangkan negara, berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan. Semua rakyat mempunyai hak, tetapi sebelum kita menuntut hak kita, kita kena juga memikirkan hak orang lain. Apakah hak kita lebih besar dan lebih penting dari hak orang lain? Jangan jadi warganegara yang tamak. Sedangkan dalam berkeluargapun terkadang ada perkara yang kita tidak setuju, apatah lagi dalam sebuah negara. Setiap masalah ada penyelesaiannya, tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan berhemah dan ikhlas tanpa apa-apa tujuan atau agenda tersirat.
Bak kata pepatah, “sedangkan lidah lagi tergigit”, maka dalam menyelesaikan masalah buatlah seumpama “menarik rambut dari tepung”. Alangkah baiknya sekiranya dari dahulu Ambiga faham Bahasa Melayu, tentu awal-awal lagi dia dah mohon permit buat perhimpunan di stadium!!!
Suara majoriti senyap lebih power rupanya daripada suara mat sabun yang berdegar-degar.
ReplyDeleteDen sokong sangat kalau dilucutkan kewarganegaraan si ambingai tu.
Salam bro. Bukan dia tak faham bahasa melayu, tapi dia sengaja buat tak faham. Ego si betina Ambiga ini tinggi, lebih tinggi dari hidungnya.
ReplyDeleteOleh keran ke egoannya, saya setuju dgn cadangan dari MELAYU KULAI, lucutkan kewarganegaraan si Ambigapig ni....
AmBABIga tu terpaks pilih.. Taiping atau sg Buluh.. jika sg Buluh nanti terjumpa king JUbur Koyak jubur dia yg masih dara tu...1 lagi dia risau jugak Tentera kita da sby di semua KEM...Lokap POlis da sedia di kosongkan.. dan yang paling peting Rumah mayat siap sedia jugak menunggu mangkok2 ni...tak gitu ka...
ReplyDelete