TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, July 6, 2011

ANTARA KJ & AMBIGA - SIAPA TERMAKAN UMPAN

Hari itu KJ pasang umpan, pelawa Ambiga untuk sama-sama berbincang dengan syarat hentikan kempen BERSIH 2.0.

Hari ini Ambiga pula pasang umpan, BERSIH sedia berbincang dengan Pemuda UMNO dan pelawa Pemuda UMNO sama-sama masuk stadium.

Siapa akan makan umpan siapa? Adakah Pemuda UMNO akan masih lagi mahu duduk semeja dengan BERSIH kerana walaupun membatalkan demonstrasi jalanan, mereka masih lagi ingin menyalak di dalam stadium.

Atau adakah Ambiga dan BERSIH ingin duduk semeja dengan Pemuda UMNO sekiranya dalam stadium itu nanti tiada seorangpun perwakilan dari Pemuda UMNO? Bila tiada perwakilan itu menunjukkan Pemuda UMNO tidak menerima halacara BERSIH. Apakah Ambiga akan membuang egonya?

Apakah, Ambiga masih mahu berunding dengan Pemuda UMNO walaupun Pemuda UMNO mengutuk perhimpunan tersebut, atau adakah KJ akan mengarahkan anak buahnya supaya beramai-ramai memeriahkan lagi majlis Ambiga di dalam stadium nanti?

Apapun, samada penyokong BERSIH ataupun Pemuda UMNO, sama-sama kena renungkan. Jangan jadi alat dan jangan mudah ditunggang. Samada BERSIH atau Pemuda UMNO, ketua kedua-duanya memang suka menyalak. Apapun yang diberi, mereka berdua memang hobinya menyalak!!!
 

3 comments:

Unknown said...

Salam bro. Kita tunggu dan lihat nanti. Kita tgk siapa yg kena ?

HHalem said...

Tuan Enal:-)

Dua-dua se-kulit.

Dua-dua se-fikiran.

Satu negeri Karala, Malaya-lam.
Berlainan generasi.

TiS said...

W'salam,
Sdr Ismail & HHalem,
Teringat semula lagu 10 budak hitam yang dinyanyikan semasa kecil-kecil dulu.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI