TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, May 21, 2013

7 ELEVEN PALING CEPAT

      
7 Eleven. Kedai yang paling cepat. Apa yang cepat? Cepat menaikkan harga. Tetiba aje, entah apa sebabnya 7 Eleven telah menaikkan harga beberapa barangan jualannya. 

Siang tadi aku membeli produk tembakau di 7 Eleven Bt 21 Kulai. Baru beberapa hari yang lepas harganya cuma RM20.30 tetapi hari ini dah jadi RM20.80. Tak dengar pulak kerajaan mengumumkan ada kenaikan cukai atau sebagainya. Petrol juga tak naik-naik lagi, masih harga lama. Kenapa pulak jajan aku naik harga?

Tak puas hati, aku tanya pada jurujualnya. Katanya memang banyak barangan yang naik harga. Mereka dah dapat satu senarai harga baru. Malah katanya ada produk tembakau yang selisih sampai RM1.00 kenaikannya.

Tapi budak Melayu yang jaga 7 Eleven tu kata, dia sendiri tak tau sebab kenapa harga naik. Katanya bukan sahaja produk tembakau yang naik, garam yang dulunya dijual dengan harga 80 sen juga katanya dah jadi RM1.00!!! Apakah ini satu cara 7 Eleven nak menunjukkan bahawa kalau BN kekal memerintah, harga akan naik dan mereka boleh sesuka hati menaikkannya?

Maka, bermula hari ini, aku BOIKOT 7 Eleven. Tak apalah...kat kedai Mamak dan India juga ada banyak jual tembakau jajan aku. 


Monday, May 20, 2013

TAK PAHAM...KENAPA WAYTHA BUKANNYA ROSMAH?

Beberapa hari ni agak kurang menulis. Bukannya apa, banyak masa bersama kengkawan cuba memahami "transformasi" politik DS Najib selepas melihat senarai kabinet barunya. Rupa-rupanya kengkawan juga masih tak dapat membaca apa yang ada dalam kepala DS Najib.
   
    
Yang paling tak paham ialah perlantikan Waythamoorthy sebagai Senator untuk dijadikan Timbalan Menteri. Apa hebatnya si Waytha tu? Kalau mengikut apa yang diupdatekan di Wikipedia, Waythamoorthy itu ialah He is also seeking to strike out Article 153 of the Malaysian Constitution which acknowledges Malay Supremacy. He also wants the court to declare that Malaysia is a secular state and not an Islamic one.

Kalau nak tambah pemimpin India dalam kabinet, apakah dah tak ada lagi pemimpin India yang berkaliber dari MIC, IPF atau KIMMA yang tak pernah menyanggah perjuangan BN? Malahan rasanya, sekiranya DS Najib melantik wakil dari KIMMA, seorang India Muslim, BN bukan sahaja bakal mendapat sokongan dari masyarakat India, tetapi rasanya tindakan itu juga bakal mendapat sokongan majoriti umat Islam dan mungkin sedikit sebanyak dapat memenangi hati pengundi Islam atas pagar. 

Agenda Waythamoorthy hanyalah untuk menyelesaikan masalah kad pengenalan masyarakat India dalam masa 5 tahun ini. Apakah terlalu teruk atau terlalu ramai masyarakat India yang tidak mempunyai kad pengenalan hingga memerlukan seorang Timbalan Menteri untuk menyelesaikan? Benarkah angka-angka yang diberikan tentang jumlah masyarakat India yang tak mempunyai kad pengenalan? Dalam masa yang sama pula, diharapkan agar Jabatan Imigresen dapat memberikan angka, berapa ramai warga India yang masuk ke Malaysia yang didapati tidak keluar semula sebagaimana ramainya warga China yang dilaporkan tidak keluar semula. Ini kerana kalau ditanya dengan aku, memang tak dapat aku membezakan mana satu India Malaysia dan mana satu India dari India sebagaimana gagalnya aku membezakan antara Cina Malaysia dengan Cina China mahupun Cina Singapura.

Jangan nanti bila dah jadi Timbalan Menteri, bila hajat tak kesampaian si Waytha ni melancarkan mogok lapar pulak. Berdasarkan latarbelakang Waytha ini yang mahukan Artikel 153, Perlembagaan Malaysia dibatalkan serta mengisytiharkan bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan bukannya negara Islam ada nada sinis dari rakan-rakan buat DS Najib. Kalau nak suruh Melayu marah, tak payah lantik Waytha sebagai Senator, lebih baik lantik aje Rosmah Mansur tu sebagai Senator, sekurang-kirangnya boleh juga dijadikan Menteri Pengangkutan!...ada le platform untuk DS Rosmah ke depan!!!


Sunday, May 19, 2013

APA AGENDA DAP HINGGA TERLALU BANYAK RAHSIA?

     
Rupanya DAP ni adalah sebuah parti yang bergerak macam pertubuhan haram juga. Apa tidaknya, kalau parti tu sememangnya untuk umum, tentunya tak ada apa-apa agenda ataupun perancangan tersembunyi yang menjadi rahsia hingga menyebabkan Karpal Singh memberi amaran untuk tidak teragak-agak untuk menyaman bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abd Aziz Tunku Ibrahim.

Perkara-perkara yang menjadi rahsia ini rupanya memang wujud bila Karpal berkata, "Sebagai seorang yang benar-benar 'gentleman' beliau tidak seharusnya mendedahkan apa sahaja yang menjadi rahsia dalam parti kepada pengetahuan umum." Sekiranya tiada yang salah, tiada yang pincang, untuk apa DAP takut dengan "rahsia-rahsia" mereka? Bukankah kononnya DAP ditubuhkan untuk rakyat Malaysia, maka seharusnya tiada agenda yang menjadi rahsia atau tersirat disebalik apa yang tersurat. Sebagai sebuah parti yang bercita-cita untuk menerajui politik Malaysia, sewajarnya segala agenda, segala perancangan diketahui umum. DAP bukannya untuk keluarga Kit Siang, bukannya untuk keluarga Karpal Singh dan juga kononnya bukan untuk Cina sahaja!

Bila banyak agenda dan perancangan sesebuah parti itu dikatakan menjadi rahsia, ia seolah-olah membenarkan bahawa parti itu seperti parti yang bergerak bawah tanah. Agenda-agendanya tidak menepati atau menyongsang dari arus semasa negara. Kalau benar ini berlaku, maka DAP wajib diharamkan. Bila banyak perkara dikatakan rahsia, jelaslah DAP bergerak bukanlah melalui persetujuan ramai atau melalui permesyuaratan tetapi ianya bergerak atas persetujuan ataupun perancangan segelintir individu berkepentingan dalam DAP itu sendiri. Eloklah Tunku Abd Aziz terus membogelkan DAP.


Friday, May 17, 2013

MAZLAN ALIMAN TUDUH ORANG UMNO BUNUH ORANG PAS

Selepas pilihanraya ni, sebenarnya aku dah malas nak ambik pot pasal Mamat yang kononnya Presiden anak-anak Felda tetapi bila bertanding, kesemua undi dari saluran Felda, tak ada satupun yang memihak kepadanya. Nak ambik pot buat apa, hebatnya tak ke manapun, bukan sekali dua bertanding, dah lebih empat kali kalau tak silap aku, kesemuanya ke parittt. Gagal bergelar YB.

Namun, setelah sekian lama semenjak pilihanraya hari tu tak menjengah ke FBnya, hari ni macam dipanggil-panggil pulak untuk mengklik ke FBnya. Rupanya ada tuduhan yang amat serius dilemparkan kepada UMNO. Mazlan tuduh UMNO bunuh ahli PAS di Memali!!! Klik SINI untuk sumber.
     
      
Setan apa yang dah masuk dalam kepala Mamat ni sejak terkejut kalah walaupun Cina Bukit Permai dah solid bagi undi tetapi anak-anak dan warga Felda tak pernah percaya untuk berwakilkan dia? Ini adalah tuduhan yang serius. 

Atau Mamat ni memang cari jalan untuk masuk ke "dalam" kerana dah tak boleh nak bagi "tunjuk sebab" kepada pelabur-pelabur yang percaya dia mampu bergelar YB dan juga mampu menghasut warga Felda untuk menggagalkan FGVH?

Diharapkan agar pemimpin dan ahli-ahli UMNO tidak memandang remeh tuduhan Mamat ni. Sesuatu perlu dilakukan, tindakan perlu diambil. Sesungguhnya tuduhan ini amat serius dan Mazlan Aliman wajib dipertanggungjawabkan atas tuduhan ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI