TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, July 11, 2011

APAKAH PAS MENANGGUK DI AIR KERUH ATAS KEMATIAN BAHARUDDIN

Benarkah Allahyarham Baharuddin Ahmad salah seorang penyokong PAS? Atau adakah PAS mengambil kesempatan dari kematiannya? Persoalan ini timbul apabila aku membaca berita di Straits Times Singapork. Persoalannya ialah;

Allahyarham merupakan seorang bekas tentera yang menjadi pemandu teksi. Apa pangkat Allahyarham sewaktu dalam tentera, kita tak tahu. Menurut pihak polis, Allahyarham merupakan mangsa keadaan iaitu berada ditempat yang salah pada waktu yang salah. Ini bermakna Allahyarham bukanlah salah seorang dari ribuan perusuh tersebut. Mungkin ada kebenarannya. Mungkin Allahyarham terpaksa berehat kerana teksinya tidak dapat bergerak ketika itu kerana kesesakan. Kemudian pula mengapa harus Allahyarham menentang kerajaan? Ini kerana anaknya merupakan seorang doktor? Tidak mungkin seorang bekas tentera dan memandu teksi mampu membiayai persekolahan anak hingga mampu bergelar doktor tanpa bantuan kerajaan. 

Memakai baju T kuning belum cukup kuat untuk mengatakan Allahyarham menyokong BERSIH. Ini kerana dengan imbuhan RM200 hanya untuk memakai baju T kuning adalah suatu jumlah yang cukup besar bagi seorang pemandu teksi apatah lagi pada hari tersebut dengan kesesakan yang melampau kebanyakkan pemandu teksi tidak mampu mendapatkan penumpang.

Di sini besar kemungkinan, PAS telah mengambil kesempatan dari kematian Allahyarham untuk menyalahkan pihak polis dan kerajaan walhal punca segala onar ialah PAS, PKR dan Ambiga. Apakah PAS tidak cukup kuat untuk mengakui bahawa merekalah penyebab segala bencana ini? Apakah sudah mereka meminta maaf kepada keluarga si mati atau semakin mengapi-apikan kebencian terhadap kerajaan? Allah jua yang Maha Mengetahui.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Amin.
Ibu segala Dajjal

 KUALA LUMPUR - A TAXI driver who took part in protests demanding electoral reform in Malaysia died after he collapsed while running away from a police tear gas attack, the opposition and his family said on Sunday.
News of the death came as authorities said they have freed hundreds of people arrested when riot police dispersed the protesters with volleys of tear gas and water cannon on Saturday. Baharuddin Ahmad, 59, a former soldier, was running away after police fired gas cannisters in the capital Kuala Lumpur when he collapsed, his brother Mohamad Sharin told AFP. He was dead by the time he arrived at hospital.
Baharuddin, a member of the opposition Pan-Malaysia Islamic Party (Pas), was buried on Sunday at a Muslim cemetery, with about 300 people attending the funeral. 'We are proud of him, he died in a struggle,' his daughter Umi Mirza, a medical doctor, told AFP at their home in a northern suburb.
Police spokesman Ramli Mohamed Yoosuf confirmed the death but said the man was a bystander who had died of a heart attack. The police had declared the rally illegal and imposed a massive security lockdown on the capital ahead of the protest.
'The death has nothing to do with the demonstration. He died due to a heart attack. There was no external or internal injuries,' Mr Ramli told AFP.
Mr Ramli also said that all 1,667 people arrested during the protest, including prominent legislators and rally leaders, were freed around midnight on Saturday after demonstrators had dispersed. They were arrested for illegal assembly, but Mr Ramli would not say if they had been charged. -- AFP
Sumber berita : Klik SINI


3 comments:

al zarqawi said...

Sabda Rasulullah s.a.w:
مَنْ كَرِهَ مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا فَلْيَصْبِرْ فَإِنَّهُ مَنْ خَرَجَ مِنْ السُّلْطَانِ شِبْرًا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً
Maksudnya: “Sesiapa yang membenci akan perbuatan pemimpinnya (yang maksiat) maka bersabarlah kerana sesungguhnya sesiapa yang keluar menentang pemerintah sejengkal lalu mati, maka dia mati sebagai orang jahiliah”. [al-Bukhari & Muslim]

Anonymous said...

HARAP2 PELUK TU TAK BUAT PROMOSI MURTAD DENGAN FOC BANTUAN GUAMAN

Anonymous said...

APE KEJADAHLAH ORG YANG TAK PAKAI OTAK NI SEMUA..ORG TU SAKIT JANTUNG DAN MENINGGAL,DIA BUAT CERITA MACAM YE YE JE.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI