Wednesday, July 13, 2011

BERSIH SALAH BAGI SKRIP KAT PECACAI INDON

Nampaknya penganjur BERSIH tak cukup dengan sokongan di Malaysia, mereka menaja pula Mat Indon untuk melalak mengutuk kerajaan Malaysia. Tapi takkan 20 orang sahaja kot. Kumpulan tersebut sempat mendesak kerajaan Malaysia membebaskan semua tahanan yang menyertai perhimpunan BERSIH. Nampak sangat merka mengupah orang yang tidak tahu apa-apa, yang jauh dari sumber maklumat kerana sebenarnya semua mereka yang ditahan semasa perhimpunan BERSIH 2.0 tersebut telah dibebaskan pada hari yang sama. 

Teruskan usaha kamu wahai BERSIH dengan menipu orang-orang bodoh dan yang tidak mempunyai maklumat.

Yang paling seronoknya ialah kumpulan tersebut turut meminta Malaysia menjadikan Indonesia sebagai contoh. Kah…kah…kah… nak jadi contoh macam mana? Berjuta rakyat Indon berhijrah ke Malaysia mencari nafkah. Makmurkah Indonesia? Sesetengah rakyat Indon yang telah tamat tempoh permit kerjanya dan tidak boleh disambung lagi, menangis kerana terpaksa pulang dan berebut rezeki di bumi mereka sendiri Indonesia. Itukah yang hendak dijadikan contoh. 

Atau….mengambil contoh konsep negara Indonesia? Orang Cina, orang India terpaksa menukar nama mereka kepada nama yang berbunyi Indonesia?

Nampaknya BERSIH 2.0 salah bagi skrip kepada suruhan mereka di Indonesia. Walaupun salah skrip, The Malaysian Insider dengan bangganya menulis berita tentang 20 orang ini.
Klik : TMI


1 comment: