Sampai terlambat aku buat posting hari ni. Bukan apa, lepas Maghrib tadi ada buat Yasin kat Masjid sempena malam Nisfu Syaaban. Lepas tu aku jengah-jengah ke Felda Sungai Sayong. Bob Lokman, Mazlan Aliman dan Tuan Ibrahim Tuan Man datang berjual ubat angan-angan kat Felda.
Serban Bob Lokman aku tengok makin besar, baguslah tu, tapi yang tak bagusnya, dah dekat-dekat orang nak menyambut puasa ni, masih lagi dengan cerita karut marut pasal cincin, pasal polis brutal, pasal baju kuning dan yang seronoknya Bob Lokman mengaku bahawa mereka marah kat polis sebab polis tangkap pengikut PAS semasa BERSIH, sedangkan pengikut PAS tersebut tidak tahu apa-apa, hanya menurut arahan ketua. Kah...kah...kah, nampak sangat bodoh bebeno orang PAS ni.
Tuan Ibrahim pula melancarkan KERABAT iaitu singkatan Badan Kebajikan Veteran Angkatan Tentera. Pelik juga aku, aku tengok orang PAS banyak lagi yang tak terbela kebajikannya, PAS nak jaga kebajikan Veteran Angkatan Tentera pulak. Agaknya sekarang PAS dah banyak duit kut sejak bergabung dengan Si Nuar, kalau tak, tak mungkin mereka berani nak jaga kebajikan veteran angkatan tentera ni.
Ada lebih kurang 200 orang yang datang. Aku jengok-jengok, rupanya ramai orang luar. Orang Felda ada le dua tiga kerat aje. Mula-mula takut juga nak rapat, pasal kat sini semua orang kenal aku dan tahu aku ni Anti PAS. Bila dekat aku tengok, ramai yang aku tak kenal dan merekapun tak kenal aku, walhal aku ni kira famous juga kat area sini. Kira-kira kalau bertanding lawan Bob Lokman, kalah Bob. Yang paling aku seronok sekali ialah bila Tuan Ibrahim cakap, kat belakang siap ada suara-suara yang cakap, bohong...bohong.....ramai pulak tu. Sah yang 200 orang tu bukan semuanya sokong PAS!!!
Habis orang yang datang tu kena temberang pada malam Nisfu Syaaban ni. Siap edar borang lagi, suruh pakat ramai-ramai mohon tanah Felda Plantation. Sewaktu mengedarkan borang, ini pengumumannya;
"borang kita beri percuma, balik isi, nanti ramai-ramai kita jadi orang Felda. Ambil dan isi borang ni tak kena bayar duit, tetapi tuan-tuan dan puan-puan, kita belum jadi pemerintah lagi, kalau nak derma seringgit dua tu, anggaplah ianya sebagai sumbangan untuk perjuangan kita". Kah...kah...kah. Pandai betul PAS mengenakan pengikutnya, janji dia macam la Felda Plantation tu Atok dia punya. Dalam pada tu, Bob pulak jual kopiah dan buku. Banyak juga orang PAS terkena malam tadi.
pelakon tetap pelakon...biarkan bob dgn lakonan nya..kita tgk sejauh mana Bob boleh pegi...dia akan kembali ke habitat asal nya..bila tak leh cari makan lagi dgn Pas.
ReplyDeletebob.. bob..
ReplyDeletenak berubah ke arah kebaikan tu bagus. tapi bukan dgn cara mcm tu. kelakar betul.. mcm mana PAS boleh bg dia jd penceramah? aku pun pelik lah.
langsung tak pandai cakap/temberang. nak cakap/temberang tu biarlah logik/tak kantoi.
kembali ke jalan yg benar bob.. jalan kau pilih tu membuatkan kau lebih jauh terpesong kerana ke'pandai'an kamu sendiri bob. wallahua'lam..
p/s: oh ya! lagi satu bob.. anak muda rosak bkn kerana sekolah kerajaan bob. tapi rakan sebaya.. dan juga anak muda tu sendiri yg suka ponteng sekolah.
Aku rasa Bob ni sebulan dua lagi mau korner baring ni. Tengok liur dia pun ketagih je nak Clubbing macam dolu-dolu...diiring awek lawa. Cepatnya Bob kau lupa diri ye.
ReplyDeleteOrang Ganu!!!
ReplyDeleteBob ni dulu banyak dosa dia sesatkan manusia masa dia jadi ahlil seni dolu ni. Ramai anak haram lahir sebab candu dengan pengaruh muzik dia dan lakonan dia dengan pompuan yang memberahikan. Pastu dia pun penah pulak jadi Jin Kapir....renung-renungkanlah Wahai Bapak Jin.
aku kenal bob ni dulu mcm mana. pernah lepak sama sama dgn dia di planet. dia mabuk sampai tak ingat dunia lepas tu menyusahkan rakan rakan yg lain kena pegi hantar blk rumah. dan aku tak kisah dia ni nak insaf, tapi bukan dgn cara mcm dia buat skrg.
ReplyDeleteasal usul dia pn rasenya ramai yg tahu dia ni org kelantan. habis tu dia rosak sbb sekolah kerajaan ke di kelantan? rasanya dia sekolah pondok je dulu.
kurang ajar punya bob lokman. anak aku 3 orang sekolah kerajaan. sorang dah bekerja sorang sedang belajar di luar negara dan sorang lagi akan menyusul ke ireland jadi doktor. ko yang tak pandai bela anak nak salahkan kerajaan pulak. napa ko tak slhkan butuh ko yg buat anak
ReplyDeleteAnon 11.17am
ReplyDeleteNampaknya saudarapun berada di Sayong semalam. Saya cuma malas nak ulas pasal dia kutuk sekolah kerajaan. Cuma Bob ni baru dengan PAS, tu yang dia cakap PAS ajar alif tu Allah dan ba tu BERSIH. Yang Bob tak tahu ialah dulu orang PAS ajar bahawa alif tu anjing dan ba tu babi.
Masing2 ada pendapat sendiri...x kira yg pas ke yg x pas ke...sekolah kerajaan ke sekolah pondok ke...apa2 pon kita mati nanti tetap menuju satu destinasi...Renung2 kanlah wahai manusia...Semasa hayat kita didunia memang kita seronok, mencaci,memaki,bebas berkata apa saja...tapi ingatlah anak xkan borek kalau bapak rintik...Selamat beramal...
ReplyDelete