Saturday, July 2, 2011

KHALID GAGAP MINTAK HANDICAP

“Isu hari ini ialah memastikan adanya pilihan raya yang adil dan bersih, itu sahaja. Jadi, kita sepatutnya meminta pengadil yang baik, sekurang-kurangnya menang kalah kita akan berpuas hati,” itu kata Khalid Gagap dalam membela BERSIH 2.0.

Masalahnya, mentaliti. Mentaliti pakatan pembangkang tak boleh menerima kekalahan. Kalau menang, siapapun jadi pengadil dia tak kisah, tapi kalau kalah, semua pengadil yang salah. Bila dah kalah tak pernah nak muhasabah diri, kenapa kalah, kenapa orang tak pilih aku. Yang dia tahu bila kalah ialah pengadil tak betul, pengadil tak adil. 

Yang peliknya, bila dia menang dalam pilihanraya sampai dapat perintah 5 negeri, SPR tu juga yang jadi pengadil. Bukannya panggil orang Jepun ke orang Afrika yang jadi pengadil. Ubah mentaliti, kena belajar terima hakikat bila kalah. Itulah, kalau dah terbiasa bila main golf dapat handicap, dalam politikpun mintak handicap.

Kalau betul-betul jantan, kalau betul-betul yakin yang SPR tu tak adil, janganlah masuk gelanggang. Ini tidak, juak-juak yang tak percaya dengan SPR nilah yang sepanjang masa berkempen walaupun tak tahu lagi bila pilihanraya. Kalau tak percaya dengan SPR, tak payah jadi calun, tak payah mengundi. Tanya diri tu, masa engkau menang pilihanraya dulu siapa jadi pengadilnya.
Monyetpun akan mengejek Khalid Gagap
 Inilah dasar orang bengap, bebal dan bahlol bercakap. Dasar gangster kampung yang memang suka cari fasal sebab dah gian nak bergaduh. Salah besar BN bela engkau dulu. Dasar tak sedar diri. Anjingpun, kalau sekali kita dah bagi dia makan, bukan kata nak menggigit, menyalakpun tidak bila tengok kita lalu. Engko pikir la sendiri Khalid.  Kalau engko cakap dengan monyet, monyetpun ejek engkau.


1 comment:

  1. Salam bro.

    Juak -juak ini mana tahu erti bersih dan adil. Menang pun depa kata tak adil, apatah lagi kalau kalah. Bermacam2 tuduhan yg di lemparkan kpd SPR.

    Memang betul, monyet pun menyampah dgn mereka2 ini...mungkin monyet2 ini akan berkata, lebih jadi binatang seperti aku daripada jadi manusia yg tak pernah rasa bersyukur.....

    ReplyDelete