Saturday, July 9, 2011

PEMUDA UMNO!!!....BIARKAN KJ SAHAJA YANG GILA

Kesian orang KL.  Aku yakin malam ni orang KL ramai yang tak boleh tidur dari yang tak nak tidur. Macam-macam perancangan orang KL untuk hujung minggu ini tergendala. Orang KL ni setahu aku, biasanya cuma hujung minggu sahaja yang betul-betul ada masa untuk pelbagai urusan peribadi dan keluarga. Kasihan mereka….yang mengacau mereka kebanyakkannya melaun dari luar yang singkat akal.

Kemudian aku juga secara peribadi menyeru Pemuda UMNO, JANGAN IKUT GILA KHAIRY. Pemuda UMNO sepatutnya menyokong polisi kerajaan pimpinan DS Najib. Bukan terikut-ikut dengan gila BERSIH dan KJ. Dengan adanya Pemuda UMNO bersama-sama berarak nanti, sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, bukankah akan terus dituding oleh puak BERSIH bahawa Pemuda UMNOlah dalangnya. Bukankah Pemuda UMNO mendukung kerajaan. Sekiranya tercetus kekacauan, dengan pantas mereka akan mengatakan Pemuda UMNOlah pencetusnya, kerajaanlah pencetusnya. Bukankah lebih baik menjauhkan diri. Jangan terpengaruh dengan KJ yang dah hilang pedoman. Tak berdemo bukan bermakna Pemuda UMNO bacul. BERSIH dan Nuar memang menanti-nantikan siapakah yang patut dipersalahkan nanti sekiranya berlaku kekacauan. Kalau Pemuda UMNO turut serta, sah Pemuda UMNO akan dipersalahkan.

Pandai, tidak semestinya bijak….meminjam kata-kata Datuk Anifah Aman terhadap KJ. Maka kepada Pemuda UMNO, renungkan semula hasrat anda untuk mengikut KJ. Bertindaklah dengan bijak. Rakyat Malaysia tahu anda berani, tapi biarlah bertempat. Sekiranya anda berdemo juga esok, sangat jelas, sebelum berlaku kekacauan lagi, semua berita didunia telah ditulis dahulu bahawa Pemuda UMNO pencetus kepada kekacauan semasa Perhimpunan BERSIH. Biarkan KJ gila seorang!!!!


5 comments:

  1. TENDANG JER SI KJ NI DARI UMNO. DIA LA SI KITOL YANG SEBENARNYA. KALAU TAK GET RIDE OF HIM AS WELL ,LAMBAT LAUN DIA AKAN JADI MACAM AL JUBURI LAH TU. BUAT ONAR MENYUSAHKAN ORANG. PERANGAI DAH NAMPAK DAH. SAMSENG PUN YER

    ReplyDelete
  2. salam. aku setuju, biarkan kj terjun dengan labu2nya,semua orang tahu siapa sebenarnya kj, semuga keamanan dan perpaduan tetap milik masyarakat malaysia

    ReplyDelete
  3. marina mahathir gila x?
    Ibrahim ali?
    hampa x turun dok diam2..toksah hingaq..!Dia kena tangkap..dia yg tanggung..!tulis berapi2 dlm blog..tapi kutuk org dlm parti..!Exco Pemuda lain play safe..biasalah kan,makan dah sedap..mcm tulah!!
    Hang punya blog ada cakap pasai isu nak rapatkan bangsa..? R U? MELAINKAN KOMEN2 YG MENYINDIR ORG SENDIRI.
    do some homework lah..

    ReplyDelete
  4. anon 3.00am

    naper lak tkleh sindir...ketua pemuda giler bab*....merosakkan parti sendiri...cissss...

    ReplyDelete