Thursday, July 14, 2011

SUHAKAM JUARA ANTI KERAJAAN, SIAPA JUARA PENJAWAT AWAM?

Berikutan SUHAKAM telahpun memulakan satu inkuiri awam berhubung dakwaan tindakan kekerasan polis, kerajaan perlulah menubuhkan satu jawatankuasa bebas untuk menilai semula segala dakwaan pengadu kepada SUHAKAM.
 Tindakan ini perlu kerana dimata rakyat SUHAKAM tidak dilihat bebas kerana apabila hanya menjadi juara kepada kes-kes yang melibatkan penjawat awam dan kerajaan sahaja. Para penjawat awam khususnya perlukan juga pembelaan dalam mereka menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.

Jawatankuasa ini haruslah diberikan kuasa untuk menyoalsiasat semula pengadu dan saksi yang telah memberi keterangan kepada SUHAKAM.  Ini perlu memandangkan memandangkan kebanyakan kenyataan pengadu dan saksi mereka agar berat walaupun mungkin ianya hanya berupa satu tuduhan sahaja. 

Lihat sahaja pada inkuiri yang berlaku pada hari ini. 

Salah seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0, Liew Seng Tat, sebahagian daripada kumpulan yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin berkata, dia ada nampak anggota polis menendang dan memijak beberapa peserta.
 (Majoriti yang menghadiri perhimpunan BERSIH bersenjatakan kamera atau telefon berkamera untuk merakam salah laku pihak kerajaan, apakah ada gambar? Selaku orang sihat yang boleh menjerit dan merusuh, mengapa mengganggu hospital, tempat orang sakit untuk mencari perlindungan? Sebenarnya perusuh inilah yang mengganggu hospital)

Katanya, anggota polis yang mengambilnya dari hospital itu ke lokap Pulapol secara berulang kali menampar pada mukanya walaupun tiada sebarang unsur provokasi atau sebab-sebab munasabah, dan dia dipukul menggunakan kayu dan ditumbuk di muka ketika melepasi garisan FRU.
 (Mengapa harus melepasi garisan FRU? Melanggar garisan FRU serupa dengan melanggar roadblock, bukankah itu provokasi?)
 
Liew berkata seorang lagi anggota FRU mengambil tuala kotor yang basah dengan air berasid dan mengenakan pada mukanya.
(Adakah mukanya mengelupas, biasanya kulit muka amat sensitif dengan asid)

Seorang lagi peserta perhimpunan Bersih 2.0, yang hanya mahu dikenali sebagai Arun berkata, dia dipukul oleh polis ketika cuba meleraikan tindakan pihak berkuasa menahan seorang lagi peserta yang tidak melakukan sebarang provokasi.
(Kenapa si Arun (berdasarkan nama, pasti paria) mengganggu tugas polis?)

“Mereka menundukkan saya, menggari saya terus dan memukul,” katanya.
Dia juga berkata seorang lagi anggota polis berkata, “bunuh dia.”
(Semua anggota polis mempunyai identiti diri pada uniform, adakah disertakan.)

Tuduhan-tuduhan tersebut amat berat, apatah sekiranya tuduhan tersebut dibuat terhadap penjawat awam yang sedang melaksanakan tugas. Maka adalah wajar, tuduhan-tuduhan pengadu tersebut disiasat dan sekiranya didapati ianya hanyalah fitnah semata-mata, pendakwaan hendaklah dijalankan dan hukuman yang berat perlu dikenakan kepada pengadu. Kepada pembuat fitnah, sebenarnya pihak polis teramat sedar bahawa para penyokong BERSIH pada perhimpunan tersebut bersenjatakan kamera dan telefon berkamera. Mereka tidak akan bertindak dan membuat sesuatu perkara yang bodoh yang boleh menjejaskan kredibiliti mereka. Oleh itu, hiduplah anda terus wahai penyokong BERSIH dengan kebodohan anda!!!



No comments:

Post a Comment