Tuesday, August 23, 2011

ASRI SEMAKIN TERPESONG

Dr Asri dalam temubual dengan wartawan WSJ yang dipetik oleh MInsider hari ini menyelar Jabatan Agama yang kononnya dikuasai oleh golongan konservatif yang tidak mahu berubah sebaliknya menekan pihak yang inginkan perubahan sambil mengambil sikap pihak gereja sebagai contoh.

Apakah maksud Asri bahawa tindakan JAIS untuk memastikan umat Islam tidak dimurtadkan sebagai menekan? Apakah pihak berkuasa agama perlu membiarkan sahaja golongan yang ingin berubah, sehinggakan ingin mengubah agama juga harus dibiarkan hanya kerana ingin dilihat sebagai golongan yang progresif? Di mana agaknya Asri berpijak sekarang ini?

Peluang bercakap itu juga digunakan oleh Asri untuk menyelar kononnya terdapat pihak yang bersikap perkauman dan menggunakan agama untuk kepentingan politik. Apakah Asri sedar bahawa tanpa kekuatan dan kuasa politik sesuatu kaum dan sesuatu agama itu akan ibarat mengemis untuk terus hidup. Maka tidak salah, jika ternyata kita adalah kaum dan agama yang majoriti, menggunakan isu tersebut untuk kelangsungan politik bangsa yang mana sekaligus apabila adanya kekuasaan politik, agama akan terjaga. 

Tidakkah Asri nampak bagaimana beberapa bangsa di dunia yang telah kehilangan kuasa politik ditindas dan terhalang dari kebebasan terhadap agama mereka? 

Kalaupun kita tidak sehaluan atau tidak dapat menerima kepimpinan yang sedia ada, janganlah hanya kerana ingin memuaskan nafsu, hingga kita tergamak untuk menggadai bangsa dan agama. Pemimpin yang ada bila-bila boleh pergi dan digantikan, tetapi kekuasaan politik Melayu, apabila sekali telah berpindah tangan, bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikembalikan. Begitu juga dengan akidah, sekali murtad, bukanlah mudah untuk kita mengembalikan mereka ke ajaran Islam semula.

4 comments:

  1. Pope Benedict minggu lalu semasa berucap dalam Perhimpunan Belia di Spain menyeru pemuda Kristian supaya menyebarkan agama Kristian. Yang Asri pulak nak kekang pendakwahan Islam.

    ReplyDelete
  2. asri ni besar kepala perasan bagus, nampak sangat ulama ni yg sangat membenci amalan tasauf/sufi dgn perangainya adanya perkaitan,

    sufi banyak mengajar kita menjadi tawadhuk spt rasul, bila kita menentang asbab yg boleh kita mencontohi akhlak rasul saw, output yg Allah tunjukkan kpd semua makhluk jelas,

    atas nama suka pd berhujah, atas nama inginkan tajdid, hasilnya akhlak rasulullah tidak menjadi ikutan yg terbaik, dgn mengentam semua org tanpa hikmah, maka hilanglah salah satu sifat yg ada pada rasulullah yg perlu kita teladani.

    Aku heran nape shahidan kassim ni dok bela sangat budak asri ni??

    ReplyDelete
  3. Wall Street Journal?

    Bro, dia ke pesada dunia antara bangsa. Nak jadi mcm Al-Tantawi.

    ReplyDelete
  4. mae1000 dan Anon 4.44,
    Asri sanggup buat apa saja asalkan famous.

    HH,
    Go internasional tu kena tukar nama, kena jadi ala-ala....Syed Syeikh Dr Asri Al Kubangi Wa Semangi Al Pening.
    Tak ke gitu.....

    ReplyDelete