Monday, August 15, 2011

BERTIMBANG RASA KATA NIK AZIZ???

Aku tertarik dengan satu berita dalam NST hari ni. Nik Aziz cakap dia sokong larangan penggunaan mikrofon kerana dalam kita beribadah kita juga perlu menghormati dan bertimbangrasa kepada orang lain. Menurutnya bunyi kuat dari corong pembesar suara boleh mengganggu ketenangan orang lain. 
Mulut tu jauh sikit dari mix tu Pok Nik!!!
Di sini apa yang ingin aku utarakan ialah masalah ini bukanlah sesuatu perkara yang baru diamalkan di Malaysia. Sejak mula setiap tempat menikmati bekalan elektrik, perkara pertama yang difikirkan oleh para jemaah ialah untuk membeli satu set pembesar suara bagi surau atau masjid mereka. Maka perkara ini telah menjadi biasa kepada seluruh masyarakat Malaysia. Kata orang "alah bisa, tegal biasa". Entah berapa orang yang terganggu tidurnya kerana suara orang mengaji, kitapun tak tahu dan berapa orang pula yang berterima kasih kerana dapat mengejutkan mereka di waktu subuh kerana mendengar suara orang mengaji, juga tidak kita tahu.

Bercakap mengenai "alah bisa, tegal biasa" ni, rasanya ramai yang tak sedarpun akan adanya suara orang mengaji diperjiranan mereka setiap pagi kecuali sekali sekala terjaga. Ini mengikut pengalaman aku yang pernah menyewa rumah yang mana bilik tidurnya betul-betul menghadap ke rel keretapi (Supreme Garden, Prai). Pada mulanya memanglah setiap kali keretapi lalu akan terjaga, tetapi dek kerana kebiasaan, langsung tidak pernah terganggu dan nyenyaknya tidur hanya apabila pagi akan terjaga.

Maka seharusnya perkara ini tidak harus diperbesarkan, malahan sewaktu mula-mula menggunakan sistem pembesar suara dahulu, tiada pula ulamak yang melarang sehinggakan ianya seolah-olah telah menjadi kebiasaan dan merupakan sesuatu perkara yang diterima. Sekurang-kurangnya ia menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Sekiranya ingin bercakap soal bertimbangrasa, Nik Aziz perlu melihat kepada perkara yang sekali-sakala berlaku yang mengganggu ataupun menimbulkan ketidak senangan untuk kita menerimanya. Perkara yang sekali-sekala  berlaku ini tidak termasuk kepada "alah bisa, tegal biasa". Untuk itu Nik Aziz kena juga memberi nasihat kepada rakan-rakan agama lain umpamanya permainan mercun yang sekali sekala berlaku, ia amat merimaskan. Juga budaya berarak membuang "wang syurga" yang terkadang bertepek di cermin kereta malah terkadang sekiranya tidak memakai penghawa dingin, berterbangan "wang syurga" masuk ke dalam kereta, itu amat mengganggu. Walaupun rimas dan terganggu, tetapi kita masih dapat menerimanya kerana menghormati perlakuan budaya dan agama mereka. Untuk itu kita kena saling menerima antara satu dengan yang lain.

Aku percaya, perkara penggunaan mikrofon ini sekiranya tidak dijolok oleh segelintir komunis di Malaysia ini, ia tidak akan timbul. Masyarakat Malaysia sudah lama saling menerima antara satu sama lain tanpa ada rasa terganggu terhadap amalan dan anutan dari masyarakat yang berbilang agama ini. Aku yakin isu ini adalah hasil dari kerja-kerja halus tangan komunis yang tersembunyi yang ingin menimbulkan keresahan antara agama di Malaysia ini. Sedikit sebanyak mereka berjaya juga memporak perandakan  masyarakat Islam dan para ilmuannya. Wallahuaklam.

8 comments:

  1. Salam Tuan ...

    A good point ... apa yg menjadi lebih tak masuk akal ... ceramah maki hamun politik boleh pula guna loud speaker ... bagi ambo ... ini bukan shj mengganggu ... namun sesiapa yg dengar pun tumpang berdosa ...

    ReplyDelete
  2. W'salam Singh Is King,
    Terima kasih singgah. Depa kalau ceramah tak cukup satu mix. Kalau boleh atas rostrum penuh dengan mix dan speaker kalau boleh biar dengar tiga empat kampong.

    ReplyDelete
  3. macam mana kalau sembyang halau hantu lapar tidak menggunakan loud spaker ada ugama lain akan membantah juga jadi di sini jangan padang org islam harus bertimbang rasa saja ugama lain harus bertimbang rasa sama perarakan dan buat bising dijalan jalan itu satu gangguan pada org lain jangan padang pada islam saja kerana islam ada lah ugama rasmi negara ini jangan pertikai lagi kalau tidak mahu anda bolih cari negara lain yg mana anda bebas buat apa saja tapi tidak pada negara ini kepada org islam pas bertaubat lah allah melihat apa yg anda buat anda semua telah sesat bertaubat lah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  4. sekarang sudah jelas mmg org PR rasa SGT TERGANGGU dgn bacaan Al-Qura'an. rupanya selama ini mereka pendam rasa kebencian mrk pd ayat2 Allah n hanya suka bilamana berada di pentas politik

    sifat yg sgt menjengkelkan n menghairankan. kenapa sampai jd mcm tu skali?

    ReplyDelete
  5. ada sesiapa berani tegur masa satu perayaan satu kaum tu yang depa akan bakar colok besar...berhari2, baru colok tu padam...percemeran asap dan baru. ada org kisah?

    ReplyDelete
  6. Tuan TS:-)

    Tulisan yg penuh makna dari pengalaman dan hati nurani.

    Hg pernah dok Prai noo.
    Bawa balik anak mummy tak ke Johor:-)

    Aku rasa Ibrahim nak buat kejutan, maksud dia, dia akan buat kacau bila cina2 ni main mercun nanti pada perayaan.

    Kacau mari Bro, tapi aku sokong Tok Him ni, walaupun kekadang tu jiwa kacau juga nak setuju dgn dia.

    ReplyDelete
  7. HH,
    3 tahun kat Prai tapi tak mampu nak bawak anak mami -mahai.
    tentang Tok Him tu, kawan setuju aje kalau dia nak pedajai kat Cina yang main mercun nanti.

    ReplyDelete
  8. Pelik perangai orang PAS, mengaji setengah jam sahaja sebelum solat subuh nak jadi isu. Kenapa pemimpin PAS macam Mad Sabu tak ambil peduli pun masalah jiran Islam diganggu kuil hindu yang bergendang berjam-jam?. Bila azan Maghrib mereka mula brgendang. Sebelah pagi bergendang lagi berjam2 lagi. Setiap kali ada upacara dan keramaian kecuh kawasan penduduk Islam. Rumah Mad Sabu kat Sek 19 Shah Alam tak jauh dari kuil haram tu. Khalid Samad bila mengadu bukan sokong Melayu tapi bela kuil Hindu. Bila penduduk minta bantuan NGO Islam Khalid Samad tuduh UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu. Penduduk Seksyen 19 kecewa sikap pemimpin PAS seperti mereka.

    ReplyDelete