Tuesday, August 23, 2011

BODOHNYA AL-HISS @ AL-CISSS

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Syed Ahmad Al-Hiss melahirkan bangga dengan kejatuhan rejim Gaddafi sambil mengingatkan UMNO akan kebangkitan rakyat yang memberontak terhadap Gaddafi juga boleh berlaku di Malaysia ini.

Perghhh, bunyi cakap macam bagus, jawatan dalam parti sikit punya tinggi, tapi sayang, Al-Cisss ni kurang membaca. Cakap ikut sedap aje. Rugi Pemuda PAS dapat Naib Ketua yang kurang pengetahuan ni. Patut le anak buahpun masih ketinggalan dalam serba serbi.

Al-Cisss cakap Gaddafi jatuh kerana kebangkitan golongan muda yang sedar mereka tidak mendapat  keadilan. Tapi tahukah Al-Cisss, bahawa kejatuhan Gaddafi adalah kerana kebodohan anak mudanya yang mudah diperkotak-katikkan oleh pembangkang yang diperkuda oleh kuasa asing. Yang menjadi penentang Gaddafi semuanya adalah dari golongan manusia yang berkiblat ke barat.

Tahukah Al-Cisss, siapakah yang menggelar Gaddafi sebagai Dog dan keluarganya sebagai The Dogs? Siapakah yang bersorak girang bila pemberontak mula mara ke Tripoli? Siapakah yang telah mencanangkan bahawa minyak di negara mereka akan turun sekiranya Gaddafi kalah? Siapa sebenarnya yang menang dalam  perjuangan menentang Gaddafi ini? Rakyat Libya atau negara barat?

Begitulah nasib sebuah negara yang berdaulat, bila pihak pembangkangnya tidak bertanggungjawab dan menggula-gulakan rakyat yang naif, akhirnya yang hancur negara sendiri. Belumpun tumbang Gaddafi, negara barat dah mencanangkan harga minyak akan turun bila Gaddafi jatuh. Bodohnya Al-Cisss yang berbangga dengan kebodohan pembangkang Libya.

5 comments:

  1. Ada student libya kat sini, memang tak sokong Ghaddafi pon... sebab dia ni dulu dilantik oleh barat...sekarang barat tak suka, dia buang jer lah... ntahlah saipa pulak yg ganti ...yang apsti orang yang disikong oleh barat jugak...

    one thing student2 libya nie lebih suka kalau mahadir (Tun Mahathir) yang jadi PM mereka...siap mcm tu sekali...

    tu yang aku tak paham PAS mengong nie boleh cakap mcm tur...

    ReplyDelete
  2. arab syed ciss ni dgn kp pas jhr,dua dua same sengal!ckp main sedap mulut jer.ye lh kn nk dkt p.raya.krg tak dpilih jd calon.

    ReplyDelete
  3. Org PAS ni sebenarnya bodoh. Dia tak tau situasi Libya. Biasalah org PAS, mana ada ilmu, semua bodoh2. Kalau Gaddafi perintah Libya mcm UMNO perintah Malaysia, sudah tentu Libya akan aman sampai hari ini tanpa ada apa2 revolusi berdarah..

    Sayang sekali, Gaddafi tak perintah Libya mcm UMNO perintah Malaysia. Dan Malaysia pula bertuah kerana UMNO tak perintah Malaysia mcm Gaddafi perintah Libya. Kalau Malaysia diperintah mcm Libya diperintah Gaddafi, Malaysia pun dah lama mengalami revolusi ganas mcm di Libya skrg...

    Gaddafi perintah Libya melalui satu rampasan kuasa tentera pd 1969 yg menggulingkan Raja Idris Sanusi, ketika itu Gaddafi berumur 27 tahun. Gaddafi merampas tampuk pemerintahan Libya dari Idris Sanusi bukan melalui undi rakyat dan pilihanraya, tapi melalui rampasa kuasa. Tak pernah ada rampasan kuasa di Libya..

    Dan sejak 1969 hingga skrg, Gaddafi tidak pernah izinkan pilihanraya di Libya. Dah 42 tahun rakyat Libya tak pernah dibenarkan mengundi kerajaab yg mereka suka. Mereka diperintah seperti sistem komunis.

    Di zaman Raja Idris Sanusi pun tak ada pilihanraya, maklum sj Raja Idris adalah Raja mutlak. Pendek kata, Libya tak pernah alami pilihanraya sejak merdeka dari Itali..

    Gaddafi sendiri tidak boleh diusir dari kuasa, apatah lagi diundi keluar. Gaddafi dan 11 pegawai tentera yg merampas kuasa membentuk satu badan yg dipanggil Majlis Revolusi Libya dgn Gaddafi menjadi Pengerusinya. Gaddafi dan ahli Majlis ini tak boleh ditukar ganti dan akan berkuasa seumur hidup, hanya mati saja yg boleh merombak Majlis ini. Majlis revolusi inilah yg memerintah Libya 42 tahun tanpa apa2 pilihanraya.

    Selain Majlis Revolusi Libya, Gaddafi juga membentuk 1500 J/Kuasa Revolusi yg mewakili 1500 bandar dan kampung di Libya. J/K Revolusi ini pula melantik 32 J/K Negeri bagi memerintah 32 negeri atau wilayah Libya. 32 J/K negeri ini pula melantik 750 orang utk anggotai Kongres Rakyat Libya yg menjadi seakan2 Parlimen Libya. Semua ini pakai lantik2, bukan melalui pilihanraya..

    Kongres Libya membuat keputusan2 negara tapi dipantau oleh Majlis Revolusi Libya yg diketuai Gaddafi. Gaddafi dan Majlis Revolusi Libya boleh veto apa2 keputusan semua peringkat kerajaan Libya baik di peringkat J/K Revolusi maupun di peringkat Kongress Revolusi Libya..

    Malaysia tak pernah diperintah mcm di Libya. Kita ada pilihanraya setiap 5 tahun sejak 54 tahun lalu, kita demokrasi, PM kita bukan mcm Gaddafi..PAS tak tau cerita Libya, pemimpin PAS bodoh..

    ReplyDelete
  4. "Tak pernah ada rampasan kuasa di Libya.."

    Pembetulan utk ayat di atas di perenggan tiga post saya di atas. Ayat ini patut berbunyi:

    "Tak pernah ada rampasan kuasa di Malaysia.."

    ReplyDelete
  5. Pak cik dah lama hidup biasa dengar gelaran al atas,al banafex,al hadi,macam al tapi al hiss ni datang mana pulak..mungkin dah tua ni dah banyak ketingalan...al hitiria? al tak tentu hala? apa2 je lah..janji jangan jadi al mankuk wal hayun.

    ReplyDelete