Saturday, August 13, 2011

DAP AMALKAN KUKUBESI

DAP pada sidang jawatankuasa disiplin parti pada 5 Ogos yang lepas telahpun memecat 3 ahli parti mereka kerana didakwa telah melanggar disiplin parti. Seorang ahli DAP tersebut telah dipecat kerana kesalahan salah tadbir hal ehwal cawangan parti, manakala yang dua orang lagi dipecat kerana berterusan menegur kepimpinan parti dan peribadi pemimpin mereka secara terbuka.
Tindakan ini jelas menampakkan bahawa pemimpin DAP mengamalkan sikap diktator apabila tidak boleh dikritik. Sesiapa yang mengkritik parti dan para pemimpinnya akan dipecat. Agaknya bagaimana sekiranya DAP memerintah dan rakyat sentiasa mengkritik dan menegur sikap pemimpin mereka? Mungkin akan penuh jel di Malaysia ini dengan tahanan politik.

Sikap ini jelas menampakkan amalan kukubesi dalam DAP. Hairannya, dalam mereka tidak suka dikritik dan ditegur, para pemimpin DAP pula tidak berhenti-henti menghentam para pemimpin negara. Agaknya kalau kerajaan yang berkuasa mengambil langkah yang sama untuk mendisiplinkan pemimpin DAP yang terkadang kutukan dan teguran mereka hingga boleh menyebabkan kekacauan dan hilang kestabilan dan keharmonian negara, apakah pula kata mereka?

Nampaknya para pemimpin DAP adalah dari jenis gedebe dan kememe, mereka boleh kutuk dan kritik orang lain tetapi mereka sendiri tidak boleh menerima kutukan dan kritikan.

No comments:

Post a Comment