Friday, August 5, 2011

HASAN ALI - THE LONE RANGER

Samada kebetulan atau dirancang, kini Hasan Ali terpaksa berdepan sendiri dengan isu serbuan ke atas Gereja di Damansara Utama. Dari kerajaan Negeri hinggalah kepada parti yang didukunginya iaitu PAS, tidak memihak kepadanya. 

Paling lantang sekarang mengkritik tentunya Khalid Greja. Khalid Greja cakap dah mengalahkan MB, Khalid Ibrahim.  Mungkin dia mempunyai alasan yang tersendiri atau saja nak cover MB yang gagap. Bagaimanapun, penulis mengucapkan syabas kepada Datuk Dr Hasan Ali kerana punya keberanian. Walaupun Kerajaan Pakatan Selangor dan PAS tidak menyokong, saya percaya ramai umat Islam yang sedar akan terus menyokong Datuk.

Dalam negara yang mempunyai satu-satu kaum atau agama yang menjadi majoriti, sikap masyarakat minoriti memang selalunya menjolok mata. Kehendak mereka tidak pernah dapat dipuaskan dan lebih jahat lagi apabila segala permasalahan yang wujud tidak mahu diselesaikan secara baik selagi ianya tidak dicanang keseluruh dunia.

Dalam kita menghormati agama lain dan kebebasan penganut agama lain, penganut dan agama lain juga mesti menghormati agama kita Islam. Tindakan awal yang diambil oleh Hasan sebenarnya ada baiknya. Sekurang-kurangnya Kristian harus diberitahu bahawa pendakwahan agama Kristian terhadap penganut Islam bukan sesuatu yang boleh diterima di Malaysia ini. Pendakwahan adalah penyampaian dakyah, samada ianya mampu membuatkan orang terikut atau tidak, samada ianya mampu menarik seseorang ke dalam agama Kristian atau tidak, itu sebenarnya tidak penting. Apa yang perlu diberitahu kepada Kristian ialah kita boleh bersahabat, kita boleh makan semeja tetapi kita tidak boleh terima sekiranya mereka berdakwah terhadap orang Islam.

Tindakan awal begini lebih penting dari membiarkan budak kecil menjadi kurang ajar kerana terlalu dimanjakan kerana kononnya mereka kecil dan akhirnya akan mencucuk mata kita sendiri sebagaimana Hindu Paria di Malaysia yang sekarang ini tak sudah-sudah menyusahkan kerajaan.


No comments:

Post a Comment