TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, August 25, 2011

KELANTAN DAH SYOK DENGAN JOM HEBOH

Kerajaan Kelantan yang dulunya langsung tak pandang program Jom Heboh anjuran TV3 kini dah ketagih. Dulu macam-macam tohmahan yang dilemparkan kepada penganjuran Jon Heboh di negeri lain. Setelah mengalami sendiri senario Jom Heboh di Kelantan pada tahun 2009, kini Kelantan sekali lagi menjadi tuan rumah kepada program Jom Heboh yang akan diadakan selama dua hari mulai bermula 28 Oktober depan. Jom Heboh kali ini akan diadakan diperkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.
Mesti heboh dan happening kat Kelantan nanti. Tentu ramai Mek Kelate yang awal-awal dah keluar rumah dan silap-silap malam tak balik rumah, maklumlah bukan selalu dapat happening macam ni. Yang jauh sikit dari KB, tentu pakat-pakat sewa bas. Makin sayang dia orang kat Pok Nik. Tentu dia orang akan cakap, Pok Nik ni makin tua makin open minded. Pok Nikpun, tentu suka kalau disuruh berucap depan anak-anak muda yang ramai tu nanti.

Kalau dulu mereka tolak, mungkin sekarang mereka dah sedar akan impak Jom Heboh. Sekadar nak menghalalkan cara, kata Datuk Takiyuddin Hassan, kelulusan diberi kerana mereka berpuashati dengan penganjuran Jom Heboh 2009 yang mematuhi syarat yang ditetapkan.

2 comments:

Anonymous said...

Dulu ... bila ade Sure Heboh ... heboh lah org PAS ... berapa banyak gadis-gadis akan termengandung ?

Kalu buat kat Kelantan ... tak takut ke ... cek mek kelate tu termengandung ?

Yg mana priority mereka ?

Anonymous said...

sejak jom heboh buat kat kelantan, program tu tak haram lagi. semua yang hadir kena pakai tudung, artis kena bersopan. hipokrit! macam pompuan arab, bila kapal nak mendarat sibuk pakai purdah.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI