Wednesday, August 17, 2011

NIK AZIZ TIBAI UMNO

Satu kenyataan Nik Aziz dalam HarakahDaily hari ini menuduh UMNO mempertikaikan Fatwa Mufti Pulau Pinang demi kepentingan politik.
Teropong betul-betul, tengok sapa yang salah.
Nik Aziz ni agaknya memang dah nyanyok. Yang Mufti Pulau Pinang keluarkan itu bukannya Fatwa, cuma nasihat hukum. Yang mengatakan ianya Fatwa ialah media puak pembangkang yang langsung tak tahu adab dan adat orang Melayu dan Islam. Tinggi manapun si Mufti belajar, setiap hukum yang ingin dijadikan Fatwa mesti mendapat perkenan pemerintah. Dalam hal Pulau Pinang ianya mesti mendapat perkenan YDP Agong. Bukan perkenan Lim Guan Eng!

Itulah lain kali Pejabat Agama jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan pekeliling mengenai perkataan yang keluar dari mulut Mufti. Di Malaysia ni banyak orang yang Islamnya hanya pada jubah dan serbannya aje. Banyak yang tak faham antara nasihat dan Fatwa. Sepatutnya Nik Aziz tibai media yang mula-mula mengatakan ianya Fatwa, bukan tibai UMNO. 

Nik Aziz ni kalau bercakap, mulutnya tak lepas dari menyebut UMNO, agaknya zikir Nik Aziz setiap lepas sembahyang ialah UMNO, UMNO, UMNO. Hal penggunaan pembesar suara adalah hal remeh yang tak perlu diperbesarkan lagi. Dah berzaman umat Islam di Malaysia mengaji diwaktu subuh dengan menggunakan pembesar suara. Jadi, sekarang ni kalau ada yang berbunyi tu hanyalah dari golongan orang-orang yang telah termakan dengan hasutan komunis dan syaitan.

Nak berjuang tentang Islam, tunjukkanlah kehebatan dalam mempertahankan tindakan JAIS menjalankan penguatkuasaan demi menjaga akidah orang Islam. Bela secara terang-terangan Hasan Ali dan JAIS. Suruh Khalid Gereja tutup mulut. Ini tidak.....Khalid Gereja yang bermati-matian mempertahankan pihak Kristian langsung tidak ditegur oleh pucuk pimpinan PAS. Apa sebenarnya pendirian PAS dalam hal ini? Jangan cakap dan kempen sahaja mengatakan menjunjung Islam. 

Tuhan nak menunjukkan siapa PAS sebenarnya, hanya kerana BN hilang majoriti 2/3 dalam PRU 12 yang lepas, PAS dah tunduk kepada kafir laknat DAP. BN baru hilang majoriti 2/3, PAS dah gugurkan perjuangan  untuk mendirikan negara Islam. Itu baru hilang majoriti.

Agaknya kalau DAP yang dapat majoriti 2/3, akidah PAS pun turut terpusing balik. Habis tanggal serban dan jubah semata-mata nak jadi pecacai DAP agar kelansungan dan survival politik mereka relevan dengan keadaan. 

Kepada Pok Nik, sudah-sudahlah mengata UMNO tu, nanti dek asyik teringatkan UMNO sahaja, mati nanti mulut jadi muncung fasal orang suruh mengucap, yang disebutnya UMNOO. Bila kat NOO tu, mulut kan jadi muncung!!!

No comments:

Post a Comment