TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, August 17, 2011

OPS SIKAP TUKAR NAMA -"JOM EKSIDEN"

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu bahawa "Ops Sikap" yang dijalankan setiap kali musim perayaan bagi mengurangkan kemalangan jalanraya akan ditukar kepada nama baru sempena kempen Aidilfitri ini. Ini kerana katanya walaupun Ops Sikap berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalanraya, tetapi kadarnya masih lagi tinggi.
Oleh kerana kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah berpunca dari sikap pemandu, beliau berharap dengan kempen baru ini akan menambahkan kesedaran pemandu untuk lebih berhati-hati dan berhemah bila dijalanraya dan dapat mengurangkan lagi jumlah kemalangan sempena musim cuti ini.

Nama kempen dan operasi tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya Isnin depan. Terlanjur ianya belum diumumkan, aku suka mencadangkan agar "Ops Sikap" di tukar kepada kempen "Jom Eksiden". Sekurang-kurangnya bila masuk kenderaan sahaja, kita akan teringat akan ajakan untuk kemalangan, mungkin kita akan lebih berhati-hati.

4 comments:

Anonymous said...

Yeaahh ! Sokong ! Jom Eksiden...sbb manusia bila dilarang itu lah yg nak sangat dibuat...Yeaahhh! Jom eksiden..

Anonymous said...

Selain dr kecuaian pemandu, lebuhraya juga perlu dipantau lebih kerap oleh pihak PLUS, berapa byk kemalangan yang disebabkan oleh minyak diesel yg sengaja dituang atas jalanraya oleh pihak callman tow truck bengkel-bengkel accident, polis bantuan plus pula hanya berminat utk ambik maklumat pemandu utk disaman sekiranya pengadang lebuhraya rosak atau patah. Sudahla kemalangan kerana minyak yg dicurahkan atas jalanraya, pergi ke balai utk buat laporan disaman pula polis didakwa cuai.

HHalem said...

Kelas giler Tuan:-)

JOM Eksiden !!!

Setujuuuuuu.

Hantar link TS ni ke website polis sebagai cadangan.

Nasib-nasib menang hadiah
atau nasib baik lagi dapat nasi free 1 minggu.:-)

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Anon 5.34 dan HH,
Kita kena buat kempen macam ni fasal orang Malaysia ni, mana yang dilarang, itu yang nak dibuat, mana yang diajak, itu yang ditolak. So, kita ajak dia orang eksiden, gerenti dia orang tak nak.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI