Dulu pihak pembangkang berdegar-degar mencabar kerajaan membubarkan parlimen dan mengadakan PRU13. Cabaran mereka bernada macam terlalu yakin akan dapat merampas Putrajaya. Kononnya sokongan rakyat kini telah terlebih memihak kepada pihak mereka.
Tiba-tiba, bila DS Najib mengumumkan bahawa PRU 13 boleh diadakan bila-bila masa tanpa terikat samada Jawatankuasa Khas Parlimen telah selesai atau belum dengan tugas mereka, semua melalak mintak nyawa. Kenyataan DS Najib tersebut menjelaskan bahawa dari tinjauan jawatankuasa tersebut mungkin mengambil masa setahun untuk menyempurnakan kerja-kerja mereka. Tanpa terikat samada jawatankuasa tersebut selesai atau tidak membuat kerja, maka ada kemungkinan pilihanraya akan diadakan lebih awal lagi, mungkin dalam tempoh tiga atau enam bulan dari sekarang.
Pembangkang yang dulunya sibuk mintak kerajaan membubarkan parlimen awal, kini telah rasa tersepit. Mereka kini mencari pelbagai helah agar dapat mempunyai masa yang cukup untuk terus berkempen memburuk-burukken kerajaan walaupun belum tiba masa untuk berkempen.
Pembangkang kini mencipta helah agar usia parlimen sekarang ini dilanjutkan lagi sepanjang yang dibenarkan. Antara helah untuk melambat-lambatkan parlimen dibubarkan awal ialah, meminta parlimen tidak dibubar selagi Jawatankuasa Khas Parlimen belum siap menjalankan tugasnya. Terbaru Pemuda PAS pula meminta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR di ganti dahulu dan struktur SPR dirombak. BERSIH diperguna untuk menekan kerajaan agar melambat-lambatkan PRU.
Tak cukup dengan alasan-alasan yang dibuat untuk melambat-lambatkan lagi PRU, Mat Sabu dan Kit Siang pula mendakwa DS Najib kini menghadapi krisis kepimpinan dalam UMNO. Habis disebutnya nama Penawar dan Amanah Merdeka. Jelas sekarang pihak pembangkang sangat terdesak untuk melewat-lewatkan PRU 13. Mungkin mereka kini dah tersedar dari lamunan.
1 comment:
Sebab kecekapan PDRM lah maka Bersih gagal menunjuk kepada dunia yang rakyat malaysia bersama pembangkang inginkan perubahan. Akan datang kalau bersih degil nak buat lagi demo jalanan....PDRM jangan bagi can BALUN jer dan campakkan dalam lokap...bicara kemudian...dan kali ni jangan bagi lepas begitu aje dan makan free. Buat macam Polis London kenakan hukuman berat... denda dan penjara sekali hingga BERSIH tak bangkit buat selamanya.
Post a Comment