PERKASA semalam menyatakan bahawa ahli-ahlinya telah mula hilang keyakinan terhadap kepimpinan DS Najib dalam mempertahankan keluhuran undang-undang.
Maaf Tok......penumbok jangan tunjuk.... |
Menurut Tok Him, kesemua tiga isu tersebut telah mempunyai asas yang kukuh untuk dilakukan pendakwaan dan sekiranya pendakwaan telah dilakukan, terpulanglah kepada mahkamah untuk membuat keputusan. Sikap berdiam diri kerajaan terhadap tiga perkara tersebut sangat tidak dapat diterima, terutama isu perhimpunan BERSIH yang mana menurutnya demi mempertahankan keluhuran undang-undang, Perkasa sanggup untuk tidak turut serta dalam perarakan tersebut tetapi sehingga ke hari ini mereka yang menentang dan mencabar undang-undang negara itu masih lagi tidak didakwa.
Tok Him berkata, Perkasa akan melakukan "sesuatu" terhadap kerajaan sebagai protes sekiranya tiga isu tersebut tidak diselesaikan tetapi tidak pula menyatakan dengan jelas apakah bentuk tindakan yang akan diambil. Tok Him cakap kalau tidak dilakukan pendakwaan ke atas tiga isu di atas, "silent majority" akan menghukum DS Najib pada PRU 13 nanti.
Sepatutnya Tok Him tibai le dulu Hisham Amaran tu, dia yang jaga bab ketenteraman dalam negeri ni. Hal-hal begini dah ada menteri yang jaga, takkan le semua DS Najib yang nak kena ambik tau. Lain le kalau DS Najib tadbir Malaysia ni sorang-sorang.
Tok Him marah sangat kerana menurutnya ada yang mengatakan Perkasa pengecut kerana tidak menyertai perarakan BERSIH dulu. Sebenarnya Perkasa bukan pengecut Tok, sebenarnya Perkasa gentleman. Aku harap Tok Him tidaklah pulak bawak ahli Perkasa berarak dijalanraya sebagai bantahan dan membayar balik kempunan tak dapat bersama dalam perarakan BERSIH tempoh hari.
5 comments:
Bro !
Aku rasa Malaysia ni ditadbir oleh dua menteri sahaja , iaitupertama Najib dan yang kedua Mahyudin
Sebahagian Yang lain dah ikut langkah Tun Dol, tidur selena lenanya .... malah ada yang lagi teruk ikut perangai Nuar berahim ...
Memang patut ada orang yang kena kejutkan Najib ni
Betul , tugas KDN diserah ke Hisham
Tapi Takkan Najib tak perasan KDN dah berdengkor lama?
Aku sokong Ibrahim Ali !!! Harap harap dia melalak kat Parlimen nanti
......kite bako..kite bako hati rakyat dan ahli Perkasa semua jangan pangkah BN pada PRU13 nanti...
ini bukan masaalah nk pangkah parti mana, skrg ni tindakan pada puak yg membuat ornar yg mesti dikenakan tindakan masa berlembut sudah habis skrg ni cacing sudah naik kemata... hidup perkasa hidup melayu...hidup islam....
Anon August 15, 2011 8:09 AM:
Habis nak suruh ahli Perkasa pangkah pas? Jadi balaci dap? Jangan bagi malu ahli Perkasa lain la. Bagus Perkasa ugut gomen, biar tunjukkan ada kuasa pendesak untuk kepentingan melayu islam. Kasi kejutkan menteri2 yang dok tido tersengih2 tu.
katak nak lompat kemana lagi? umno tak pileh ke?
Post a Comment