Sunday, August 21, 2011

WAN AZIZAH PUJUK NUAR

Presiden PKR, Wan Azizah mencadangkan kepada kerajaan agar melantik laki dia mengetuai Jawatankuasa Khas Parlimen untuk menambahbaik sistem pilihanraya di Malaysia. Katanya langkah itu akan menambahkan lagi kepercayaan rakyat terhadap tindakan yang ingin dilakukan kerajaan.
Nangis Kak Wan mengenangkan Nuar.......kesian.
Agaknya Wan Azizah ni dah meroyan nak pujuk Nuar gamaknya. Sampai tak segan silu menamakan laki dia untuk mengetuai jawatankuasa tu. Agaknya lama dah Nuar tak bersama Zizah. Itu yang meroyan tu.

Kalau kerajaan lantik Nuar tu mengetuai Jawatankuasa Khas Parlimen tu, alamat bertahun le tak selesai, asyik bertangguh sahaja. Bila nak bersidang tangguh, nak bersidang tangguh, bila nak siap, bila nak pilihanraya. 

Lantik Nuar jadi ketua bukannya menyebabkan rakyat lebih bersetuju dengan kerajaan, tapi akan menyebabkan rakyat makin meluat dengan kerajaan. Ini kerana rekod Nuar yang pandai menangguhkan sesuatu memang dah terbukti. Rakyat mahu mereka yang dipilih terus menjalankan kerja tanpa perlu untuk mencari alasan untuk menangguh-nangguhkan atas sebab yang tak jelas macam kes bicara Nuar tu.

Agaknya ini le satu-satunya jalan bagi Zizah nak pujuk balik laki dia tu. Mungkin kalau berjaya nanti tiap-tiap hari Nuar akan kepit Zizah ke hulu-ke hilir. Kesian Zizah....

No comments:

Post a Comment