Thursday, September 8, 2011

12 HARI 12 MALAM

HarakahDaily menyiarkan keluhan Mat Sabu yang pelik apabila semalam genap 12 hari 12 malam dia diserang oleh UMNO, akhbar Utusan dan media pro UMNO yang lain. Kah...kah...kah.
Berok Sewel
Tu tak pelik lagi, pasal aku rasa dalam 12 hari 12 malam tu Mat Sabu masih boleh tidur lena lagi. Lebih pelik lagi ialah kedunguan, kebodohan, kedegilan dan kebahlolan Mat Sabu yang dah hampir setengah bulan tak boleh lagi nak tegakkan benang basahnya, bahkan benang yang basah tupun entah berapa kali sudah agaknya kering semula.

Dan dalam 12 hari 12 malam tu jugalah, sama ada Mat Sabu sedar atau tidak, bertan-tan sumpah seranah dari rakyat yang bencikan pejuangan komunis hinggap kepadanya. Kalau masih juga tak sedar, aku rasa lepas 44 hari 44 malam, dek kerana sumpah seranah tu nanti, Mat Sabu silap-silap jadi Mat Sewel.

Sedih bebeno Mat Sabu bila bercakap bahawa ada yang cadangkan agar dia dibuang ke Laut China Selatan. Itu setakat cadang aje tu, belum cukup ganas jika dibandingkan dengan perbuatan komunis yang menyerang rakyat dari sebelum merdeka hingga lepas merdeka hinggakan ada yang terbakar, dibakar hidup-hidup, putus kaki, terburai perut dan macam-macam azab lagi.

Sekiranya masih tak mau sedar dan bertaubat lagi, engkau kiralah hari demi hari yang semakin hampir dengan satu hari yang akan ditulis dalam sejarah sebagai HARI MAT SABU JADI MAT SEWEL.

1 comment:

  1. PAS sudah gila agaknya http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/5279-mb-johor-contoh-terbaik-talibarut-british- tuduh MB Johor pula pengkhianat.

    ReplyDelete