Tuesday, September 20, 2011

APAHAL MIC NI?

MIC sedia tukar kerusi dengan komponen BN yang lain

20/09/2011 6:36pm

KUALA LUMPUR 20 Sept. — Parti komponen Barisan Nasional (BN) belum mengadakan perbincangan mengenai pengagihan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang, namun MIC telah menyatakan kesediaan untuk bertukar kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu dengan parti komponen BN yang lain.
Setiausaha Agung MIC, S. Murugesan berkata, sebarang pertukaran kerusi boleh dilaksanakan jika ada persefahaman dan persetujuan dari semua pihak yang berkepentingan.
"Kesediaan beberapa parti komponen BN seperti MIC dan MCA untuk bertukar kerusi menunjukkan sikap fleksibel mereka dan ini merupakan suatu berita yang positif,” katanya semasa ditemu ramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 di sini, semalam.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12, 2008, MIC diperuntukkan sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri dan telah menang tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi negeri. — Bernama
Orang lain belum lagi sibuk bercakap pasal kerusi pilihanraya kecuali puak-puak pakatan yang tengah berebut antara satu sama lain. Tapi berbeza dengan satu komponen BN ni. Kalau tak silap aku dah dua kali mereka menyebut pasal nak tukar-tukar kerusi. Macam ada apa-apa aje. Dah la selama ni kerusi yang menangpun semuanya kerusi ikhsan dari UMNO. 

Nak juga tanya, kerusi yang hendak ditukar tu kerusi yang sedang diwakili sekarang atau peruntukan kerusi untuknya yang tak menang pada PRU 12? Kalau yang diduduki sekarang, tersangatlah seronok aku mendengarnya, fasal kat Johor sahaja ada 4 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen yang tukang pangkahnya adalah Melayu, Jawa, Banjar dan Bugis. Dah ada khabar-khabar angin kalau tak kasi UMNO balik kerusi-kerusi ni, akan ada undi protes buat BN. 

Rasanya dah sampai masanya MIC hanya jadi pemerhati politik sahaja. Tak perlu sibuk-sibuk pasal kerusi. Apa yang penting ialah menyatukan dahulu kaum India yang terpecah entah berapa kumpulan walaupun jumlahnya taklah seramai mana. Kalau BN menang, BN tetap akan membela kaum India. Tak guna kalau dapat kerusi tetapi pengundi protes, akhirnya terpaksa juga kerajaan mensenatorkan wakil MIC supaya ada suara.

3 comments:

  1. Lepas BN cukup kerusi bagi je kerusi mana yang dia nak, itu pun kalau kosong lah, yang sesuai kat selangor je. dan itupun jika kaum dia mencapai 30%.

    ReplyDelete
  2. MIC cukup sporting, Tuan.

    Bukan setakat tukar-tukar kerusi, malah baling-baling kerusi pun dia sanggup.

    ReplyDelete
  3. HH,
    Nak tengok keberanian UMNO Johor kerana Johor antara tempat untuk Melayu menambah suara.

    ReplyDelete