Penyokong kuat puak Pakatan, Prof Aziz Bari, hari ini mengakui bahawa negeri-negeri Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British kecuali Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Serawak. Mat Sabu mesti bengang gila dengan kenyataan ini.
Aziz Bari terpaksa mengakui kebenaran kata-kata Prof Khoo Kay Kim walaupun terpaksa berlapik dengan mengatakan ianya hanya dari segi teknikal. Aziz Bari kata, secara teknikalnya memang negeri-negeri Melayu tidak dijajah tetapi hakikatnya tidak. Inggeris datang ke negeri-negeri Melayu melalui jemputan Raja-Rajanya dan menjadi pelindung kepada negeri-negeri Melayu.
Dalam memberi perakuan tersebut, sempat juga Aziz Bari menempelak Khoo KK yang kononnya hanya memperbesarkan perkara-perkara teknikal sahaja tetapi tidak kepada perkara yang hakikat. Entahlah, ini kerja-kerja bijak pandai.....nak ikut yang teknikal ke, nak ikut yang hakikat? Jangan esok lusa ada pulak yang berkata teknikalpun salah, hakikatnya pun salah, kena tengok pulak yang makrifatnya pulak.
Tapi Aziz Bari ni kalau berbunyi, tak kurang ajar tak boleh. Apa taknya, diakhirnya dalam membandingkan konsep penjajahan kuasa Raja-Raja dahulu dengan sekarang, ini katanya;
“Sama seperti hari ini, Raja-raja adalah ketua agama. Soalnya apakah mereka benar-benar ketua agama dalam erti kata yang sebenar? Tidakkah pentadbiran agama dijalankan oleh kerajaan?”
Aziz Bari masih tetap tolol dan bangang seperti dulu juga, kalau dah nama ketua, takkan semua kerja ketua nak buat?
4 comments:
Teknikal ke,hakikat ke yg penting apa yg on record. Sejarah adalah berkenaan 'on record'.Dari segi teknikal Aziz Bari seorang professor. Dari segi hakikat dia penyokong pembangkang. Off record please...
Dari segi ilmu technically dia pandai sebab dia prof. tapi dari segi hakikat nampak macam tak berapa cerdik bila berhujah !
teknikal ke hakikat ke..yg penting tetap penting..
cam ni la aziz bari oooooi..ambik kisah si polan la, apasal nak menang kes secara teknikal je?
secara teknikal sampel dna tidak boleh diterima, walaupun hakikatnya memang dna air mani si polan diperolehi dari dubur si polan akibat aktiviti liwat. camtu ke? jadi hakikatnya memang la liwat berlaku kan? tapi mengapa mahkamah pun ambilkira mengenai isu2 teknikal? profesor apa kamu ni? memalukan!!!
Anon 2:23
Saya setuju dgn anda. Semua orang tau pasal teknikal ni. Kalau teknikal menguntungkan mereka, mereka pakailah, dan kalau hakikat menguntungkan mereka, dgn sekelip mata di ubah pakai hakikat la plak. Penghujungnya....wal halalku, wal haram mu!!
Post a Comment