Wednesday, September 7, 2011

MAT SABU YANG CELUPAR, SUHAIZAN AMBIL KESEMPATAN

Nampaknya kelancangan mulut Mat Sabu yang toye tu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Ketua Pemuda PAS Johor. Tentu nanti PRU13 boleh jadi calun  MP PAS dan sebagai juara Bukit Kepong aku cabar Si Suhaizan ni pegi bertanding di Parlimen Pagoh lawan TS Muhyiddin. Ini kerana Bukit Kepong bawah Parlimen Pagoh.
Bakal calun PAS yang bakal kehilangan wang pertaruhan jika bertanding
Beria benar Si Suhaizan ni nak jadi juara. Tak dapat rapat dengan waris polis Bukit Kepong, dia bawak pulak adik kepada Mat Indera. Adik Mat Indera, Baharom Shah meminta kerajaan membersihkan nama Mat Indera dan mengiktiraf perjuangan Mat Indera untuk menuntut kemerdekaan.

Baharom berkata bahawa dia yakin bahawa abangnya yang "warak" adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar. Kalau engkau yakin, engkau iktiraf la sendiri.

Kepada Suhaizan, aku sebagai anak Muar, suka aku cadangkan sebelum ramai lagi yang mati, sebelum ko berjuang sia-sia, lebih baik ko pergi kawasan Muar, Tangkak, Labis dan Batu Pahat, pergi tanya orang tua-tua yang masih hidup dan pernah hidup semasa kejadian Bukit Kepong, tanya mereka. Apakah mereka akan mengatakan Mat Indera sebagai ustazkah, sebagai anti penjajahkah, atau sebagai komunis?

Rata-rata akan mengatakan bahawa Mat Indera asalnya memang baik tapi akhirnya jadi jahat sebab jadi komunis. Tak perlulah lagi nak melalak, orang akan memandang yang akhirnya sahaja dan akan berkata sambil mengeleng-gelengkan kepada tanda kekesalan atas tindakan Mat Indera tersebut.

Aku berani cakap fasal bapak aku yang hidup pada ketika itu masih ada lagi. 

No comments:

Post a Comment