Bila Mat Sabu yang kurang ajar tu kata PKM dan mereka yang menyokong PKM turut menyumbang kepada gerakan menuntut kemerdekaan Malaysia dan PAS pula menuntut agar sejarah dikaji semula, perkara pelik yang berlaku ialah penganalisa politik pula yang menjadi pakar sejarah.
Setakat ini belum ada lagi pakar sejarah tersohor yang menyokong untuk dikaji semula sejarah yang ada. Sejak bila pulak pakar politik jadi pakar sejarah ni? Kenyataan penganalisa politik ni terkadang sangat merbahaya jika dibiarkan sahaja tanpa apa-apa tindakan dari pihak berkuasa. Di bawah ini diperturunkan dua perenggan kenyataan pakar politik yang diambil dari MInsider;
“Of course, the Umno at that time is totally different from the Umno of today, and independence came about through the efforts of various forces, including the Malayan Communist Party,” said Lim Teck Ghee, the director of policy reform organisation Centre for Policy Initiatives (CPI).
Monash University political analyst James Chin echoed Lim’s remarks, saying: “The real history of Malaysia is (that) Umno is just one of the independence fighters; they’re not the only one. They’re trying to paint themselves as the only one.” The Malay Nationalist Party (PKMM) was the first Malay political party formed after the Japanese Occupation in 1945 that fought for independence. Umno was formed in 1946 by Datuk Onn Jaafar.
Pengarah CPI secara terang menyatakan bahawa PKM turut menuntut kemerdekaan. Perkara ini tidak boleh terus dibiarkan. Kerajaan harus mengemukakan pakar sejarah untuk menerangkan memang terhadap banyak penentangan terhadap British sewaktu Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaan.
Rakyat perlu diberitahu, siapa yang menentang British untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai sebahagian dari jajahan Indonesia, siapa yang menentang British untuk menjadikan Tanah Melayu ini sebagai sebahagian dari jajahan Komunis China dan siapa yang menentang British untuk benar-benar menjadikan Tanah Melayu sebuah negara merdeka yang berdaulat.
Fikiran rakyat tidak harus dicemarkan dengan anggapan bahawa gerakan menuntut kemerdekaan itu adalah dengan gerakan bersenjata, dengan pertumpahan darah dan dengan peperangan. Orang bijak menuntut dengan akal, orang bodoh menuntut dengan perasaan.
Tuan:-)
ReplyDeleteProf Mat Sabu pun jadi pakar sejarah.
Mat Sabu mulakan semua. kemudian Cina India pun naik berani laa.
Ini dikatakan Melayu Celaka, Tuan.
Tuan dok raya kat Kampong lagi ka?
Tuan HH,
ReplyDeleteMat Sabu memang celaka, celaka, celaka (meminjam kata-kata Pok Nik)
Hari Khamis dah balik ke JB, Tuan lama juga cuti...tengok blogpun turut beraya....