Friday, September 23, 2011

ROKOK -CUKAI BUKAN JALAN PENYELESAIAN

Tobacco manufacturers hope for moderate tax increase approach
2012 Budget Business News  2011-09-22 16:52
KUALA LUMPUR, Sept 22 (Bernama) -- Tobacco manufacturers, one again today, appealed to the government for a moderate tax increase approach to excise in the upcoming Budget 2012.
"Smaller and gradual tax increases will allow consumers to adjust to price changes, and are therefore less likely to fuel demand for illegal cigarettes," the Confederation of Malaysian Tobacco Manufacturers (CMTM), said in a statement today.
Last year, the government had imposed an increase in excise duty of three sen per cigarette stick.
Citing the latest "Illegal Cigarettes Study for the period March – May 2011," the CMTM said the level of illegal cigarettes in Malaysia had hit 37.3 per cent, up from an annualised average of 36.3 per cent in 2010.
According to the study which was based on a sample size of 44,000 empty discarded cigarette packs collected in Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak, illegal trade is costing the government RM2 billion in loss in tobacco excise revenue annually. 
The CMTM noted that illegal cigarettes are widely and openly sold at extremely cheap prices, often less than half of the government-mandated minimum selling price of RM7 for a pack of 20 cigarette sticks.
The CMTM was established by the three major cigarette manufacturers in Malaysia, namely, British American Tobacco Malaysia Bhd, JT International Bhd and Phillip Morris Malaysia.
Itu berita yang aku copy paste dari Mysinchew. Apa yang aku nak tulis ni bukannya nak menyokong syarikat rokok tetapi lebih kepada kesian terhadap perokok tegar yang dah tak makan nasihat dan tak makan saman lagi. 

Mungkin pihak kerajaan sendiri mempunyai statistik yang cukup untuk menilai samada berjaya atau tidak kempen-kempen yang dijalankan sebelum ini untuk mengurangkan bilangan perokok. Bagi aku, cukai yang setiap tahun dinaikkan bukanlah satu cara ikhlas oleh kerajaan untuk mengurangkan perokok. Tetapi ianya hanya menambahkan lagi beban kepada ekonomi rakyat perokok tegar yang akan tetap membelinya. Langkah menaikkan cukai itu juga menambahkan lagi bilangan penyeludup untuk membawa masuk rokok-rokok haram.

Sepatutnya kerajaan perlu memikirkan cara yang lebih berkesan lagi dalam menangani tabiat merokok ini. Apa yang lebih penting ialah menyekat kemunculan perokok baru dan dalam masa yang sama tidak menghukum perokok yang telah ketagihan sebelum munculnya gerakan anti merokok ini.

Sebagaimana yang pernah aku tulis sebelum ini, daripada menaikkan cukai, alangkah baiknya sekiranya kerajaan melesenkan perokok sedia ada dan mewujudkan kedai khas yang berlesen sahaja yang boleh menjual rokok. Maka apabila kaedah perlesenan ini telah diwujudkan, maka satu penalti yang lebih keras boleh diadakan terhadap mereka yang merokok tanpa lesen dan juga pekedai yang menjual rokok tanpa lesen.

Dengan kaedah perlesenan ini, perokok sedia ada tak perlu dihukum dengan cukai yang tinggi. Apabila habis pemegang lesen meninggal dunia maka akan sampai satu ketika nanti tiada pemegang lesen untuk merokok dan tentunya Malaysia akan bebas dari asap rokok. Pernahkah kerajaan mengambil kira betapa marah dan kecewanya para perokok yang telah berpuluh tahun merokok dihukum akibat tabiat yang telah mereka mulakan pada ketika guru masih bebas merokok sambil mengajar, para doktor berjalan dihospital sambil merokok, para pemimpin duduk dipentas utama sambil merokok dan gula-gula juga dijual sebentuk dengan rokok?

Atau apakah kempen tersebut hanya helah untuk menambah hasil cukai negara? 

No comments:

Post a Comment