Saturday, September 10, 2011

SEBAB RATING DS NAJIB JATUH

Koh Tsu Koon dilaporkan berkata bahawa cara dan tindakan polis dalam menangani BERSIH 2.0 adalah penyebab populariti DS Najib jatuh. Ini adalah satu lagi kenyataan yang aku rasakan tak bertanggungjawab. Apapun tindakan polis, semuanya adalah untuk kesejahteraan dan keamanan rakyat. Kalau rakyat bertindak mengikut lunas undang-undang, tentunya polis tidak bertindak.
Aiyaaa......gua manyak pining ooo
Sebenarnya rating DS Najib jatuh adalah disebabkan terlalu memberi muka kepada pemimpin-pemimpin yang dah out dated dan telah ditolak oleh rakyat. Tsu Koon adalah salah satu contoh nyata. Tsu Koon merupakan penyebab paling besar BN mungkin ditolak lagi di Pulau Pinang. Bukan sahaja orang Melayu tolak, malah orang Cina juga dah menyampah dengan Tsu Koon, tapi DS Najib masih simpan lagi orang macam ni.

Orang yang dah ditolak oleh rakyat ini, untuk meraih semula populariti, terpaksalah mengeluarkan pelbagai kenyataan bodoh dan bahlol supaya rakyat nampak semula keberadaannya dalam arus perdana politik tanah air.

Kalau dulu masa zaman Pak Lah, orang mempersoalkan mengapa Pak Lah mengambil semula orang-orang yang telah dipinggirkan pada zaman Tun M. Kini DS Najib pulak mementerikan pulak mereka-mereka yang dah kalah terok dalam pilihanraya. Tindakan inilah yang menyebabkan rakyat marah. Mereka tak menang pasal rakyat dah tak suka, bila rakyat tak suka, DS Najib jangan ambil lagi walaupun DS suka!!!

Kalau tak cukup mereka yang professional yang menang pilihanraya untuk dimenterikan, lantik mereka yang tidak bertanding dalam pilihanraya sebagai senator. Mengambil semula mereka yang dah ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya seolah-olah menidakkan kehendak rakyat. Buang Tsu Koon dan Palanivel, gerenti rating naik balik. 

5 comments:

  1. tu la Najib org kat bawah ni kata SYOK SENDIRI MCM bIG mAMA...Buat org Benci meluat tengok muka dia...mcm muka dollah org benci...

    ReplyDelete
  2. Cina GERAKAN tumpang kapal UMNO/BN masih nak cakap banyak pulak. Boleh jalanlah GERAKAN

    ReplyDelete
  3. Tuan, Klau Najib tak ikut kehendak rakyat yg undi beliau, maka kita boleh tolak Najib bila2 masa.

    Cuba kita try tolak Najib 1 minggu.

    Tadi semasa open house depan umah, riuh bincang Najib terlalu beri muka pada China India. Itu lemahnya Najib.
    Mcm Pak Lah juga. Hambur duit juta2 mcm duit mak bapak dia.

    ReplyDelete
  4. Tuan HH,
    Sekarang ni macam dah serba tak kena. Yang duduk dalam Kabinet Najib perangai dah macam lipas dalam kabinet dapur.

    ReplyDelete
  5. Akan tiba masanya DS bertindak dalam kebijakan tanpa mengeruhkan kaedaan dan membuat keputusan keputusan politik yg melonjakan jiwa rakyat majoritinya...

    Berilah dia tumpuan hal ekonomi agar kesejahteraan rakyat diutamakan sebaik baiknya.....

    Saya percaya dan yakin dgn Niat dan caranya...dapat melepasi rintangan eco negara begitu juga kekalutan politik... Insyaallah

    Baka yg baik dicempak kelaut pun akan menjadi pulau...

    Hperancis

    ReplyDelete