Friday, September 9, 2011

SOKONG AZIZ BARI!!!

Sebelum ni aku tidak pernah bersetuju dengan setiap kenyataan berkaitan politik yang keluar dari mulut Aziz Bari tetapi kali ini berlainan. Aku tidak dapat tidak menyokong Aziz Bari bila dia berkata bahawa MB Johor menunjukkan kebodohan dan memalukan diri sendiri dalam menjawab isu Mat Indera dan buku Pengukir Nama Johor.

Aku percaya sewaktu menurunkan prakata untuk buku tersebut, Ghani tidak membaca buku tersebut malah mungkin prakata tersebut bukan Ghani yang tulis dan Ghani hanya bagi tandatangannya sahaja. Bangga apa dapat  menyampaikan prakata untuk sesebuah buku, sayangnya Ghani tak menghalusi apa yang terkandung dalam buku tu, mungkin terlalu sibuk nak membaca.

Selaku orang sekampung dengan Ghani, sepatutnya Ghani lebih peka sewaktu memberikan prakata buku tersebut kerana majoriti orang Muar mengenali Mat Indera sebagai Mat Indera Komunis. 

Tapi itupun tak cukup lagi untuk mengatakan Ghani membodohkan diri. Tindakan Ghani yang paling memperbodohkan dirinya ialah bila orang dalam DUN Serom dah memperkatakan tentang Ghani akhir-akhir ini. Apa taknya, Ghani telah menjadi MB Johor semenjak Mei 1995 hingga sekarang iaitu selama 16 tahun. Namun tiada apa yang dapat dibanggakan dari segi pembangunan di DUN Serom. Berbeza dengan TS Muhyiddin yang membawa pelbagai pembangunan ke kubunya di Pagoh, bagi pengundi Serom, sekiranya Ghani ingin menang kali ini kubu baru Ghani ialah di Nusajaya atau buat DUN baru di Danga Bay, bukannya di Serom.

Orang Sungai Mati hanya mampu berbangga dapat traffic light di simpang empat jalan nak masuk ke rumah Ghani sebagai satu-satunya pembaharuan yang jelas Sungai Mati. Yang lainnya adalah sama seperti 1970an. Insyaallah aku akan tulis lagi keluhan orang kampung aku tentang Ghani sebelum pilihanraya ini. Keluhan-keluahan itu bukannya datang dari orang PAS atau PKR, tetapi dari orang-orang UMNO dan MCA sendiri. Ghani sudah tidak relevan dan tidak diperlukan lagi di DUN Serom!!! Bagi pengundi DUN Serom, mereka membantu Ghani, bukan Ghani yang membantu mereka.

No comments:

Post a Comment