DS Najib dalam ucapannya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di Shah Alam tadi mengingatkan agar memilih BN bukannya calon ketika mengundi pada PRU 13 nanti sekiranya ingin menang.
Mungkin ada yang setuju dan ada yang tidak setuju dengan saranan DS Najib ini. Ini kerana dewasa ini rakyat telah pandai menilai. Terkadang mereka menolak BN bukan kerana mereka benci BN, tetapi mereka menolak BN kerana protes terhadap calon. Maka dengan lambang sahaja, BN belum tentu laku.
Sekiranya calon hendak ditentukan oleh pucuk pimpinan parti, maka suara akar umbi juga hendaklah didengar. Muka yang dikenali oleh pucuk pimpinan tak sama dengan muka yang dikenali oleh pengundi. Mana-mana calon yang telah jelas ditolak dalam pilihanraya dahulu, janganlah diberi peluang lagi. Kemukakan muka baru.
Selain itu, mana-mana kerusi majoriti Melayu yang mana dahulunya dikatakan kalau siapapun bertanding dengan memakai baju BN pasti akan menang, janganlah digadaikan kepada kaum lain. Ini tentunya akan mengurangkan undi. Orang Melayu sekarang ramai telah sedar akan kekurangan suara mereka samada dalam Parlimen atau DUN, maka sebab itulah sekiranya mana-mana kawasan yang memungkinkan BN dapat menambah suara Melayu, JANGAN SEKALI DIGADAI ATAU DIPINJAMKAN.
Begitu juga harap calon nanti bukannya calon yang hanya nampak muka pada waktu-waktu rasmi atau siang hari sahaja kerana tinggal di luar kawasan. Wakil rakyat hendaklah sentiasa bersama rakyat. Jangan sampai rakyat hanya tahu Pusat Khidmat Wakil Rakyat sahaja tetapi mana rumah YB mereka, mereka pun tak tahu. Sekarang inipun ramai wakil rakyat yang macam ayam hutan, siang nampak mengais-ngais di kebun kita tetapi malam tak tahu di mana sarang tempat tidurnya.
Rakyat akan sokong BN kalau calonnya betul. Apa yang penting ialah jentera BN sendiri sudah boleh mula menyekolahkan para pemimpin parti yang mempunyai jawatan di Bahagian, bahawa jawatan dalam parti tidak mewakili kehendak majoriti pengundi. Ini penting, kerana mereka-mereka inilah yang nanti akan berlumba-lumba mintak dicalonkan.
Silap tu Pak Najib, kita akan sokong BN jika calun nya adalah orang yang dimahukan oleh rakyat dan pengundi dalam kawasan.
ReplyDeleteContoh: 1. Jika kawasan itu majoriti kaum India letak Cina .. orang melayu tak akan pangkah BN sebab yang ramai di situ kaum India, begitu juga di kawasan Melayu letak kaum Cina .. pasti nya kita juga tak akan sokong BN kerana kawasan itu adalah untuk wakil yang pelu letak Melayu. bagitu dan bagitu lah sebaliknya.
2. Jika pun kawasan itu kawasan majoriti untuk wakil calun nya Melayu TETAPI calun itu bukan kehendak masyarakat kawasan DUN atau P berkenaan.. Pak Najib boleh lah anggapkan orang Melayu sabotaj calun kerana yang pasti kami tak akan memangkah BN.
Tak percaya.. itu lah kata orang dan penasihat keliling.. kalau BN menang tak tahu lahhh..
Kita juga tidak akan mengundi pembangkang tetapi siapa calun BEBAS akan dipertimbangkan.
Masih sayang kpd UMNO dan bukan nak sabotaj BN.. terima lah kenyataan bahawa masa untuk pucuk pimpinan meletakkan calun sudah berakhir !!!
Amin.
ReplyDeleteSalam.
Saya berpendapat mulai dari sekarang UMNO dan BN sepatutnya sudah menyediakan calun-calun mereka yang hendak bertanding. Mana-mana ahli-ahli, tidak kiralah mereka itu dari gulungan profesional, pemimpin setempat, para Ustaz dan yang arif tentang agama, ahli masyarakat dan sesiapa sahaja yang berbakat menjadi pemimpin yang bertekad untuk berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas dan jujur patut diberi peluang. Berikan kesempatan kepada mereka turun padang, bercampur gaul dengan masyarakat setempat, kenal hati budi mereka, masalah mereka, dan jadikan diri tu bukanlah sebagai tuan yang turun padang untuk disambut atau dikompang dan diagung-agungkan. Turunlah meninjau jereh pereh nubari hati rakyat, sentuhilah apa yang mereka rasai, hayatilah apa yang mereka keluhkan, apa yang mereka kesahkan. Tambatlah hati mereka dengan budi pekerti yang baik, contoh teladan sebagai seorang muslim sejati. Tunjukkan muka di surau, di masjid, sama-samalah berjemaah dengan mereka agar mereka menjadi sebagai kawan dan rakan. Cuba selesaikan masalah yang mereka hadapi, kalau tidak dengan wang ringgit, dengan nasihat dan tunjuk ajar serta tunjuk jalan penyelesaian yang abadi terutamka dari segi meninggikan taraf ekonomi, pelajaran, kebajikan dan sebagainya. Sebenarnya para pengundi amat memerlukan sentuhan nurani dan termakan budi para pemimpin mereka, agar pemimpin mereka sentiasa berada dibirai mata mereka, mendengar gelak ketawa dan bisikan mereka. Tunjukkan para perwakilan yang bakal menjadi wakil mereka, adalah bukan orang asing dikalangan mereka. Para perwakilan ini sebenarnya sudah berada dihati mereka. Kalau UMNO dan BN dapat menyediakan calun sebegini, tentulah kemenangan dapat dicapai dengan mudah sekali. Janganlah pilih calun yang hanya mengambil kesempatan untuk memenuhi cita-cita sendiri, berpura-pura dan berlakun menjadi pemimpin terbaik, tetapi tidak sejati, bila sudah menang...apa-apa pun tak jadi. Calun-calun dan pemimpin saperti inilah yang akan memusnahkan parti.
Amin.
kalau BN letak calon xboleh pakai mcm KJ nazri aziz koh-sukun dll xpayah pangkah laa..ptuihh..buang masa je
ReplyDeleteUmno hampir tesungkur kerana tersilap memilih calon yg menteliti nak jadi 'tuan kepada orang melayu'jenis pocket didahulukan bangsa digadaikan jenis yg hanya sayang pada undi melayu tapi tak sayang bangsa melayu ..tetapi jenis yg layak di simpan di 'musium purba'yg masih berteduh dibawah payung UMNO...mungkin orang melayu telan jika DS berkata demikian pada tahun 1960an dahulu..tidak lagi sekarang...orang melayu masih sayang pada UMNO bagi mereka hanya UMNO yg iklas membela orang melayu..malangnya mereka menyampah,meluat melihat gelagat sesetengah pemimpim UMNO yg lupa diri,hipokrit,pemimpin yg hanya mementingkan pocket sendiri..jenis yg hanya sayang pada undi melayu tidak kaseh pada bangsa melayu..DS usahlah benafas lega dengan dendangan kaki bodek,cong dan ampu..dengar jua rintihan dari akar umbi yg ikhlas berjuang demi UMNO.
ReplyDelete