Sunday, October 23, 2011

BILA DAP TAK FAHAM BAHASA

Bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa pemimpin-pemimpin tidak kira parti politik supaya tidak mengheret urusan keluarga demi kepentingan politik masing-masing (sini), entah apa pulak yang akan ditafsir oleh DAP dan Lim Guan Eng.

Ini kerana gesaan DS Najib tu tak banyak bezanya dengan permintaan TS Muhyiddin agar Guan Eng membuat laporan polis terhadap isu anaknya. Cuma bunyinya sahaja yang agak berlainan tetapi maksudnya sama. Dengan membuat laporan polis, maka menjadi tanggungjawab polis untuk menentukan kesahihan cerita tersebut dan tentunya ia akan menyelesaikan isu raba tetek tersebut. Maka tak perlu ada jawab-menjawab dan tuduh menuduh antara Guan Eng, DAP, dan para blogger atau UMNO.

Memahami bahasa, rasanya perkataan TS Muhyiddin tidak pernah berbunyi menyokong blogger mahupun Guan Eng. Apa yang jelas ialah TS Muhyiddin mohon Guan Eng agar membuat laporan polis dan menyerahkan kes ini kepada polis.

Begitu jugalah dengan gesaan DS Najib tersebut, pemimpin tak kira apa partipun, tak perlu terbawa-bawa dengan masalah keluarga hingga menjejaskan urusan terhadap rakyat. Urusan rakyat ramai lebih penting dari soal untuk menjawab masalah peribadi anak atau isteri. Maka sangat jelas sekiranya Guan Eng yakin adanya fitnah dan anaknya tak bersalah, maka dia tak perlu melalak ke sana-sini. Serahkan kes tersebut kepada polis.

Mungkin DS Najib dah terlali dengan pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap isterinya, namun beliau tidak pula terbawa-bawa ke pentas politik atau ke parlimen. Sangat berbeza dengan Guan Eng yang seolah-olah menjadi satu rahmat politik baginya dengan isu raba tetek ini.

Tetapi, bagaimana mungkin kita inginkan satu generasi terutama suku sakat DAP yang akan faham bahasa Malaysia (bukan Bahasa Melayu) sekiranya setiap kali PM atau TPM yang turun padang, maka setiap kali itu jugalah kita akan mendengar peruntukan jutaan ringgit untuk sekolah jenis kebangsaan? Nak tunggu sekolah menengah baru nak fokus pada bahasa, ketika itu lidah dan keras dan kepala juga dah keras. Berkobar-kobar mengaku anak Malaysia, tetapi bunyi bahasa Malaysianya lebih jelas burung kakak tua yang menyebut.

6 comments:

  1. Tuan:-)

    Apa sal saya nampak susunan blog Tuan, semuanya duduk sebelah kiri.

    Apa problem nyer?

    Blog sya pun, rasa-rasa mcm tu kot, betul ker apa yg saya lihat?

    Ini problem semua blog kot?

    ReplyDelete
  2. Tuan HH,
    Ni direct ke indirect kick? Kalau direct rasanya semua macam biasa aje. Segala susun atur seperti biasa!!!...begitu juga dengan blog Tuan.

    ReplyDelete
  3. Tuan HH,
    Biasanya kalau blog menyusun memanjang ke bawah, disebabkan loading yang lambat atau masalah pada browser. Biasanya dengan restart dah ok.

    ReplyDelete
  4. Tuan TIS,

    Blog AgendaDaily dn 2 tiga lagi, restart dah OK.
    Ada yg x OK-OK dah 3 hari.
    Blog saya pun dah 3 hari.Restart xOK-Ok.

    Semuanya tersusun ke bawah.
    Apa sal nya? Browser Firefox dan Chrome serupa.

    ReplyDelete
  5. Tuan HH,
    Setakat ni, blog Tuan dan rakan-rakan lain, semuanya ok bila saya surf. Mungkin browser Tuan membacanya secara Mobile Template.
    Mungkin Tuan pakai satu kad BB yang sama untuk android dan laptop dab jika ya, clearkan semua cache, history dan restart, mungkin akan ok.

    ReplyDelete
  6. TQ Tuan:-)

    Saya try laptop 1 lagi.OK semua.
    Kemudian lepas 1 jam, semua lari tersusun ke tepi.

    Sya akan try clear cache semula. Kmdian download browser semula.

    ReplyDelete