Saturday, October 22, 2011

CUTI SEMINGGU DAN CUTI BERGANTI

Hari ni anak-anak sekolah ramai yang dah senyum. Apa taknya, banyak sekolah yang ambil cuti seminggu sempena Deepavali nanti. 
Teringat aku zaman sekolah dulu, kalau raya puasa dan raya Cina hari Rabu (zaman tu sekolah cuti Jumaat dan Sabtu), dapat le cuti 4 hari, kalau tak tu le cuti 2 hari aje.
Sekarang ni, Raya Puasa, Raya Cina, Deepavali, semua nak cuti seminggu. Semua nak raya sakan. Masalah cuti seminggu ni sebenarnya bukanlah hal yang besar sangat. Apa yang nak aku ungkitkan kat sini ialah berkenaan "cuti berganti".

Bila cuti panjang, maka sekolah akan membuat cuti berganti dengan menjadikan beberapa hari Sabtu sebagai hari persekolahan. Telah beberapa tahun aku tengok, persekolahan untuk cuti berganti pada Sabtu ni tidak berjalan sebagaimana pada hari-hari persekolahan biasa. 

Sesetengahnya, sekolahpun kekurangan guru pada hari Sabtu kerana ada guru yang terlibat dengan sambung belajar, kursus dan pelbagai hal lagi. Ada juga sekolah yang untuk menghalalkan persekolahan Sabtu ni membuat gotong royong dan aktiviti ko-kurikulum. Dan banyak juga kes dimana kehadiran murid juga berkurangan pada Sabtu kerana mungkin telah ada jadual-jadual awal keluarga yang telah dirancang terlebih awal dengan mengambil kira hari Sabtu adalah hari cuti persekolahan. Maka, banyak perkara yang kekok dengan persekolahan pada cuti berganti ni.

Lantaran itu, suka aku mencadangkan dan meminta pendapat pembaca agar "cuti berganti" ini dihapuskan sama sekali. Kementerian Pelajaran boleh memberi cuti panjang untuk setiap perayaan tetapi ianya bukanlah dengan membuat cuti berganti tetapi aku cadangkan agar cuti hujung tahun dipendekkan. Maknanya sekiranya terdapat dua perayaan besar yang berlaku dalam masa persekolahan, maka cuti hujung tahun dipendekkan dari 7 minggu menjadi 5 minggu dan seterusnya. Maka takwim persekolahan dan juga peperiksaan boleh diatur dengan baik.

Ayuh sama-sama kita memberikan pandangan.

2 comments:

  1. Salam tuan,
    1. cadang tuan adalah baik. Situasi cuti berganti di pasir Gudang juga begitu dan di dapati hanya membasir masa sahaja, samada cikgu atau murid tiada, cikgu dan murid tiada mood belajar pada hari sabtu, dsb.
    2. saya cadangkan, tiada cuti ganti. Kalau cuti 1 hari, maknanya cuti 1 hari sahaja seperti mana di Singapork. tak ada pun yang merungut. kalau nak cuti lebih, ambil cuti tahun. Orang kerajaan pun cuti mereka tak guna2...
    sekian.

    ReplyDelete
  2. Saya sangat setuju pendapat saudara. Nampak gaya pihak sekolah mengambil kesempatan untuk memanjangkan cuti hujung minggu. Pembelajaran pada hari ganti/Sabtu tidak sama macam hari biasa.
    Hapuskan "Cuti Ganti". Ia hanya membudayakan sikap sambil lewa terhadap pelajaran & etika kita berkerja. Patutlah orang bukan Melayu tak minat nak hantar anak ke Sek. Kebangsaan.

    RD

    ReplyDelete