Friday, October 21, 2011

DEWAN KULIAH AZIZ BARI

Isu gantung kerja Aziz Bari ni rasanya tak tercapai dek akal aku nak ulas panjang-panjang. Cuma aku "rasa", ilmu Aziz Bari ni memang tinggi, tetapi dia kuliah kat salah tempat. Ilmu tinggi-tinggi ni kengkadang bukan semua orang boleh faham, maka sebab itu kebebasan menyampaikan ilmu ni kena juga ada hadnya.

Had menyampaikan ilmu yang tinggi-tinggi bukannya kepada awam, tetapi kepada yang dah ada ilmu. Kalau disampaikan kepada 1000 awam yang tak faham maka berlaku salah faham dan salah tafsiran. Kalau masih setakat salah faham dan salah tafsiran pun masih dikira bagus lagi, tetapi lebih buruk lagi kalau yang 1000 tu kerana ketidakfahamannya mengatakan ahli akademik tu gila. 

Maka kalau terlalu ramai yang mengatakan gila, maka gilalah jadinya. Sebab itulah bijak pandai ni kalau nak bercakap, kena bertempat!!!
Dewan Kuliah 1

Dewan Kuliah 2

Dimana Dewan Kuliah anak atau adik anda?

No comments:

Post a Comment