Pengerusi Gabungan NGO Kelantan, Dr Abdul Halim Yusof berkata, sikap kurang bertanggungjawab dalam menangani isu hudud cukup membimbangkan di mana ia menjadi tajuk utama media arus perdana kebelakangan ini.
“Menginsafi hakikat bahawa Islam adalah al-din yang mesti diterima secara menyeluruh dari segi aqidah dan syariatnya, pelaksanaan hukum hudud adalah suatu tanggungjawab agama.
“Sebagai seorang yang mengaku beragama Islam dan berimankan al-Quran, kita tidak mempunyai pilihan selain daripada patuh menerima hukum-hakamNya.
“Dan mengakui bahawa ia adalah hukum terbaik dan teradil tanpa sebarang berdolak-dalih lagi,” katanya di sini.
Di atas adalah petikan dari Harakahdaily. Menjawab petikan di atas, suka dinyatakan bahawa umat Islam di Malaysia ini, samada dari PAS atau UMNO atau yang tanpa parti, tiada yang mempersoalkan akan kebenaran hudud. Semua umat Islam menyedari bahawa hudud adalah hukum yang terbaik.
Ini bukannya soal berdolak dalih. Apa yang dipersoalkan sekarang ialah konsep hudud yang ingin dibawa oleh PAS. Yang dipersoalkan ialah konsep 2 set hukuman yang berbeza yang akan dilaksanakan ke atas rakyat yang berbeza untuk kesalahan yang sama.
Persoalan yang tidak dijawab oleh PAS ialah bagaimana sekiranya jenayah tersebut dilaksanakan bersesama antara orang Islam dan bukan Islam? Mana satukah hukum yang akan terpakai untuk memberi keadilan kepada semua? Sekiranya ini dapat dijelaskan, rasanya polemik hudud ini akan selesai.
Begitu juga sekiranya pelaku jenayah dan mangsa jenayah adalah dari agama yang berlainan? Diandaikan mangsa adalah seorang Islam dan pelaku jenayah adalah bukan Islam. Mangsa memohon agar pelaku jenayah diadili secara Islam dan pelaku pula meminta dia diadili secara sivil biasa. Manakah yang akan diikuti untuk memberi keadilan kepada semua.
Ini adalah antara persoalan-persolan yang tidak dijawab oleh PAS. Itu belum lagi mengenai pembuktian secara saintifik. Apakah 4 ujikaji saintifik boleh menyamai keterangan 4 orang saksi.
Selaku umat Islam, aku tidak pernah terlintas untuk menidakkan hudud, tetapi untuk melaksanakannya hendaklah dibuat dengan penuh ketelitian agar hukum Allah ini tidak dipersendakan. Wallahua'lam.
7 comments:
setuju 100%
Alamak Tuan:-)
Terbaik la Tuan. Cukup baik.
Depa ni bengong dok pikiaq kita tolak hudud, itu yg depa dok keluar hadis macam.
Kita bukan tolak Hukum dan Hukuman Hudud, tapi 2 set undang2.
Kemudian 2 set manusia.
Lama2 hudud simpan dlm laci sahaja berabuk, tak pakai langsung.
Pas bila kata depa begong piang, depa marah.
saya juga sesangatlah setuju. Hudud yg diwarwarkan Pas tu cuma untuk menipu umat Islam di Malaysia untuk tujuan politik Pas.
Saya berharap pihak kerajaan dapat memberi penerangan secara menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan sejelas-jelasnya akan hukum hudud Allah ni. supaya umat Islam di Malaysia tidak lagi tertipu dengan hudud Pas.
Sesungguhnya Pas sangat berani mempermain2kan hukum Allah. Semoga keturunan kita x terpengaruh dengan agama yg sesat lagi menyesatkan yg dibawa oleh parti Pas.
Na'uzubillahi min zalik.
Sediakan keperluan asas secukup nya dulu pada kami rakyat kelate...sampai ke tahap tok leh nak wat jenayah baru laksanakan hudud...itu yang Allah Suruh sebenar nye !
Apakah Rogol di kategorikan sebagai Zina....biasanya Rogol berlaku di tempat di luar pengetahuan ataupun penglihatan manusia, di tempat terturup...bagaimana untuk membuktikannya seseorang itu di rogol...jangan sampai mangsa rogol pula kena hukum..perkara ini perlu diberikan penjelasan secara detail...janganlah sekadar melalak sana sini dengan 4 saksi tidak fasik......siapakah 4 saksi tidak fasik...adakah 4 saksi itu kena di bawa oleh mangsa rogol dari kalangan Imam-Imam masjid....tolong jawab..
Very good article sir..
Tahniah!!!!!!
Very well written!!!!
Post a Comment