Wednesday, October 12, 2011

KENAPA ROSMAH, BUKANNYA WAN AZIZAH?

Puak Pakatan mesti bengang dengan berita ni. Lepas ni tentu akan keluar statement yang bukan-bukan dari mereka. Tentu nanti mereka akan kata DS Najib bayar entah berapa billion agaknya supaya Rosmah dipilih.
Universiti Bangladesh Namakan 10 Zamalah Bersempena Nama Rosmah

PUTRAJAYA: Asian University of Women (AUW) di Chittagong, Bangladesh pada Selasa mengumumkan pewujudan 10 zamalah mengambil sempena nama Datin Seri Rosmah Mansor. Pengasas, presiden dan ketua pegawai eksekutif universiti berkenaan, Kamal Ahmad, turut mengumumkan bahawa isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dilantik sebagai penaung AUW.

Pada sidang akhbar selepas itu, Rosmah mengucapkan terima kasih kepada AUM kerana mempelawa beliau menjadi salah seorang daripada penaungnya.

Kata Rosmah, beliau menerima pelantikan sebagai penaung antara lain disebabkan beliau berpendapat wujud peluang bagi wanita muda Malaysia untuk mengikuti pengajian di universiti seperti itu dan berinteraksi dengan pelajar dari negara lain.

"Terdapat peluang bagi gadis-gadis kita, terutamanya daripada kalangan kurang berkemampuan dan tidak berupaya mengikuti pengajian di universiti yang bagus, untuk berada di universiti ini di mana mereka boleh memperkayakan bukan sahaja pengetahuan tetapi juga memahami budaya serta agama pelajar lain.

"Ini benar-benar memperkayakan potensi masa depan mereka sebagai seorang pemimpin di negara atau masyarakat mereka sendiri. Bagi saya, saya percaya, langkah untuk ke hadapan adalah menerusi pendidikan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Kamal di Seri Perdana di sini.

Julai lepas, AUW mempelawa Rosmah menjadi seorang daripada penaung universiti itu menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada beliau oleh Canselor AUW, Cherie Blair, isteri bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair.

Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina bertindak sebagai ketua penaung AUW.Beliau disertai, antara lain, oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Dr Condoleezza Rice dan ahli politik Itali Emma Bonino.

Rosmah turut mengucapkan terima kasih kepada AUW kerana meletak kepercayaan kepada beliau untuk menjadi salah seorang penaungnya dan berharap akan berupaya menyumbang bagi menambah baik masa depan kaum wanita.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Kamal berkata zamalah itu akan ditawarkan kepada pelajar yang layak berumur bawah umur 21 tahun, dari seluruh Asia, termasuk Malaysia.

"Zamalah ini akan memperuntukkan biasiswa penuh kepada wanita dari mana-mana tempat di wilayah ini, yang mungkin menjadi orang pertama dalam keluarga mereka yang dapat menjejakkan kaki ke universiti namun kebolehan mereka tidak boleh dinafikan.

Zamalah ini bernilai kira-kira US$12,000 setahun bagi wanita yang mempamerkan, bukan sahaja kebolehan intelektual luar biasa, tetapi juga semangat dan potensi kepimpinan," katanya. Kamal berkata kemasukan bagi program lima tahun itu akan bermula bulan depan dan pelajar terpilih akan memulakan pengajian mereka pada September tahun depan.

Beliau berkata AUW akan mengiklankan pengambilan di seluruh negara sasaran dan berharap mendapat sekumpulan 10 wanita luar biasa bagi zamalah itu.

Kamal berkata pada masa ini, universiti itu menempatkan 500 pelajar dari 12 negara dan berharap akan mendapat pelajar dari Malaysia.

Beliau berkata permohonan boleh dibuat menerusi laman web universiti itu, www.asian-university.org.- BERNAMA


No comments:

Post a Comment