PAS Terengganu dah lancarkan manifesto mereka bertemakan "Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan". Peghhh....dah tak sabo nak pilihanraya.
Manifesto PAS boleh buat filem |
Hadi Awang yang lancarkan sempena program Himpunan Kebangkitan Rakyat: PAS Ganti Umno ke-3 di Pantai Pandak, Cendering, Terengganu. Penyokong PAS yang bingai, bersorak seronok bila cakap PAS nak ganti UMNO. Kalau PAS ganti UMNO sama le juga PAS jadi UMNO, buat apa nak ganti? Lain le kalau PAS tu pilihan lain untuk Melayu selain UMNO. Kalau ganti UMNO, memang jelas le PAS nak jadi UMNO juga.
Lima perkara awal antara yang akan dilaksanakan PAS jika diberi amanah memerintah negeri itu termasuklah:
- Melaksanakan pengecualian cukai kediaman
- Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN
- Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami
- Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan
- Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin.
Kalau bab manifesto, bab angan-angan, PAS memang handal. Nak tanya juga masa 1999-2004 dulu iaitu selama 5 tahun;
- kenapa tak kecualikan cukai kediaman?
- berapa banyak tanah yang PAS bagi kat rakyat Terengganu?
- berapa banyak peluang pekerjaan diwujudkan dalam tempoh tersebut?
Apa yang jelas masa dapat Terengganu dulu ialah sheikh-sheikh PAS berebut-rebut nak dapatkan jawatan dalam pentadbiran negeri. Kebajikan rakyat tolak tepi. Apakah rakyat Terengganu masih tak serik?
5 comments:
Tuan jauh ke Ganu:-)
Sekarang ramai ke Penang,cari video cucu Guan Eng.
Gambar dah ada. Dok cari video.
Tuan,
Kejap lagi nak keluar statement juga pasal Penang!!!
Jangan di padam komen blog 1 Malaysia tu tuan. Biar dia meroyang. Malam ni boleh sakit jatung dia.
Kesian.....dia.
UMA,
Saya tak akan padam. Ni komen dia yang ke dua. Yang pertama kat post "Claim mesti mau lebih".
Menyampah betul dgn org yg suka ckp lucah dan mencarut nie...agaknya masa kecil x di beri didikan agama...atau pun mak bapak dia x tau ajar anak...pepatah ada berkata...bahasa menunjukkan bangsa...agaknya bangsa apalah dia nie...nanti kalau dah nak mati besok bila di suruh mengucap mesti yg keluar dr mulut dia kata2 yg selalu di ucapkan agaknya...nauzubillah...
Post a Comment