SINGAPURA
BAHASA MELAYU PENTING UNTUK NEGARA CHINA
Profesor : China mesti galak pengajaran bahasa Melayu sebagai satu langkah bersahabat dengan Dunia Melayu
Beliau begitu fasih bertutur dalam bahasa Melayu, dengan telornya yang benar- benar seperti orang Melayu kita. Selama hampir dua jam berceramah , beliau hanya merujuk kepada nota sekali dua sahaja.
Apa yang mengagumkan ialah beliau merupakan seorang warga China yang mengajar bahasa Melayu di negaranya. Profesor Wu Zhongyu merupakan antara perintis dalam penubuhan Jurusan Bahasa Melayu di Fakulti Bahasa-Bahasa Asia-Afrika di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), China.
Dalam ceramahnya yang berjudul Mengembangkan Bahasa Melayu Di Negara China: Perjuanganku Belum Selesai di sesi Ceramah Arif Budiman anjuran Pusat Budaya Melayu Singapura (MLCS) semalam, Profesor Wu menegaskan bahawa penekanan kepada bahasa Inggeris tidak bermakna kita harus memandang rendah kepada bahasa Melayu.
'Bahasa Inggeris menjadi bahasa asing yang penting. Dalam kegiatan ekonomi antarabangsa, kebanyakan negara menggunakan bahasa Inggeris,' kata Profesor Wu.
'China mahu mewujudkan dunia harmoni dan tentunya China mahu bersahabat dengan dunia Melayu, maka itu China mesti mementingkan pengajaran bahasa Melayu.
'Kita perlu menguasai bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan orang asing tapi janganlah lupa pelihara martabat bahasa Melayu dan jangan sekali-kali memandang rendah pada bahasa Melayu.'
Menurutnya lagi, semakin ramai pelajar China yang mengikuti Jurusan Bahasa Melayu di negara itu sejak awal tahun 1960-an lagi. Mereka biasanya menguasai tiga bahasa - bahasa Cina, Inggeris dan Melayu. Meskipun bukan mudah untuk menguasai tiga bahasa, beliau berkata pelajar berkenaan berani menghadapi cabaran zaman.
Profesor Wu sendiri memilih untuk belajar bahasa Indonesia di Universiti Peking pada tahun 1956 setelah tertarik pada muzik Melayu dan Indonesia. Selepas tamat pengajiannya, beliau dilantik sebagai penolong dalam Jurusan Bahasa Melayu di bawah Fakulti Bahasa-Bahasa Asia- Afrika di BFSU yang ditubuhkan pada 1961. Namun, apabila pakar bahasa Melayu dari Malaysia tidak tiba untuk mengajar, Profesor Wu diberi tugas menyusun bahan pengajarannya sendiri dan mengambil alih sebagai pensyarah.
Menyingkap kembali penglibatan awalnya dalam pengajaran bahasa Melayu, beliau berkata:
'Saya tiada bahan rujukan, kamus, pengalaman mengajar, guru yang terlatih dalam bahasa Melayu, dan saya tidak tahu apa bezanya antara bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia.
'Mulanya, banyak soalan pelajar yang tidak dapat saya jawab. Apabila murid saya bertanya apa makna 'bunga telur', saya jawab ia sejenis bunga yang bentuknya seperti telur.'
Namun, beliau gigih menghadapi cabaran-cabaran itu dan tidak berhenti berusaha dalam perjuangannya mengembangkan bahasa Melayu di China.
'Hari ini, perjuangan saya bukan sahaja belum selesai, malah ia tidak akan selesai,' ujar beliau, yang sudah lebih 50 tahun berjuang untuk mengembangkan bahasa Melayu di China.
Menurut Profesor Wu, apabila beliau melawat Malaysia sebagai jurubahasa pada 1987, beliau memanfaatkan peluang itu sepenuhnya.
'Saya merakamkan siaran Radio Malaysia supaya dijadikan bahan pendengaran. Saya menyimpan bahan-bahan yang ditulis dalam bahasa Melayu, bahkan sekeping pembungkus gula-gula pun dikumpulkan,' katanya.
Usaha-usaha beliau seterusnya dalam memperjuangkan bahasa Melayu di China, antara lain, termasuk mengundang sarjana-sarjana bahasa Melayu dari pelbagai negara menyertai seminar antarabangsa bahasa Melayu di China.
Beliau juga giat berkongsi ilmu dan kepakarannya dalam jurusan-jurusan bahasa Melayu yang kian berkembang di beberapa universiti lain di China.
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PENTING UNTUK NEGARA CHINA SEBAB BILA PAKATAN SIAL NI DAH TAWAN MALAYSIA TAK SUSAH LA SAUDARA MARA DIORANG YG ADA KAT CHINA NAK BERKOMUNIKASI DENGAN PENDUDUK TEMPATAN...
ReplyDeleteTITLE PROF TAK DER MAKNA SEBAB KAUM BANGKAI NI MEMANG TAK GUNA SANGAT BAHASA MELAYU WALAU HIDUP DI MALAYSIA...
PEJUANG HAMAS...
Baguslah, bangga aku sebagai anak melayu islam dengan Prof china ni.
ReplyDeleteRasa terkilan juga. 54 tahun Malaysia dah merdeka, tapi masih ramai rakyat Malaysia yang bukan melayu bumpitera Islam tak mahir dalam berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu.