Aku tertarik dengan satu artikel Harakahdaily hari ni. Ia berkenaan satu laporan polis oleh lima peneroka Felda Palong 9.
Para peneroka ni telah memfailkan saman terhadap sembilan defendan, antaranya Felda, pengurus Felda Palong 9, Saleh Muhidin, dan ketua kampung, Osman Parman yang juga ketua cawangan Umno.
Saman mereka kononnya Felda cuai dalam pemberian tender menebang kayu getah yang menurut mereka sepatutnya mereka boleh dapat lebih lagi. Senang cerita, mereka dah tak percaya dengan pihak-pihak yang mereka saman.
Jangan sampai dah tak ada bulu, baru nak ingat siapa yang tolong.... |
Sebab mereka membuat laporan polis pulak ialah apabila pihak yang mereka saman berjumpa mereka dan memberitahu bahawa mereka tidak akan menerima bantuan daripada pihak pengurusan Felda, seperti surat sokongan untuk sekolah anak-anak sekiranya mereka tidak menarik balik saman mereka. Betul tak betul dakwaan mereka tu, Wallahua,lam. Kononnya....dengan ayat sebegitu mereka diugut.
Bagi aku, biasanya bab saman menyaman Felda ni adalah hasil jarum suntikan PAS. Maka kalau dah percaya dengan PAS, buat apa bila nak sokongan perlu mintak dengan Felda atau UMNO. Pergilah mintak sokongan dengan pemimpin PAS.
Kalau cakap PAS suruh mereka saman Felda boleh laku, tak kan setakat surat sokongan untuk anak-anak sekolah tak laku? Tak kan tandatangan Mazlan Aliman selaku Pengerusi ANAK, yang selalu mencucuk peneroka Felda tak laku? Kalau tak laku lebih baik jadi Naib Ketua JKKK aje, lagi power!
Sedarlah diri tu.....jangan masa susah merayu pada Felda, merayu pada UMNO, bila dah senang jumpa PAS. Kalau setakat jumpa aje, tak apa juga. Apa yang PAS dah tolong kat peneroka sampai sanggup bersama-sama PAS untuk memburukkan nama agensi yang tolong kamu dari golongan merempat dulu?
Bila pokok dah tebang, hasil tak ada, ada PAS tanya kamu samada ada ke tidak beras di rumah? Felda juga yang memberi pinjaman sara hidup. Masa nak masuk Felda dulu, ada dapatkan sokongan dari PAS?....PAS dah berusia 60 tahun. Masa orang Felda susah dulu, ada PAS masuk Felda? Ingatlah.....!!!
Depa ugut dengan saman boleh.
ReplyDeleteTapi bila kita ungut dgn borang, bantuan, tak leh pulak.
Ada ka bengong org Felda ni. Bengong mcm PAS. Mesti org PAS ni.
Depa ugut dgn saman.
Kemudian kita perlu dodoi-dodoi dan pucuk rayu, gosok-gosok belakang, baru adil nama nya.
Sah pemikiran org2 PAS.
Tuan HH,
ReplyDeleteKesianpun ada, marahpun ada dengan orang Felda yang dah dibodoh-bodohkan PAS ni.