KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau bersetuju dengan cadangan seorang bekas pemimpin tertinggi PAS supaya kedua-dua parti berdialog demi kebaikan negara.
Beliau berkata Umno mungkin bersetuju menyertai dialog itu sekiranya perbincangan berkenaan lebih menjurus kepada membentuk perpaduan umat Islam di negara ini.
"Sebagai salah seorang pemimpin Umno saya bersependapat dengan Nasharudin (bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa) kerana ia akan memberi manfaat besar kepada umat Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, Khamis. Sumber dari SINI.
Sebenarnya bukan Zahid Hamidi aje yang setuju. Rata-rata orang Melayu tanpa mengira parti KECUALI penyokong tegar Nuar Berahim sangat-sangat berharap PAS dan UMNO boleh berdamai.

Bagi orang tua ni, pantang besar baginya mendengar perkataan UMNO, boleh tanggal kopiah dia. Cakap le apa saja kat dia, gay? homoseks? demonstrasi jalanan? rumah urut?...semua dia boleh serap lagi dan carikan jawapan untuk dimurnikan kecuali perkataan UMNO. Untuk itu, bukannya aku benci PAS, tapi selagi orang tua yang bernama Pok Nik tu hidup lagi, tak usahlah buang air liur dan buang masa untuk bercakap soal perpaduan antara PAS dan UMNO.
No comments:
Post a Comment