Pagi-pagi ni seronok juga kalau kita baca kisah warga Singapura yang kerap mejadi kebanggaan puak-puak DAP. Agaknya perangai semacam ni le yang DAP ambil untuk diteladani bilamana DAP, untuk mengalahkan BN, sanggup berjanji memberi apa sahaja kehendak rakyat, tapi bila dah dapat, rupanya DAP tak ada duit nak bagi. Maka perangai wanita yang diberitakan ini serupa aje dengan perangai DAP, walaupun tau tak berkemampuan, tapi masih sanggup nak menyusahkan orang lain, asalkan hajatnya untuk kesesuatu destinasi tercapai.
Naik teksi tapi tidak bayar tambang sebanyak 34 kali
SEKURANG-KURANGNYA 34 kali Tanya Azurre Lee menaiki teksi tetapi tidak membayar tambangnya. Semalam, Lee, 29 tahun, didenda $1,200 selepas mengaku bersalah bagi dua tuduhan tidak membayar tambang teksi
Wanita penganggur itu dibenarkan melunaskan 32 tambang yang tertunggak.
Makamah Trafik diberitahu dalam satu kejadian sekitar 3.30 petang 15 April tahun lalu, misalnya, Lee menaiki sebuah teksi dekat rumahnya di Whampoa Drive untuk ke Woodlands Avenue 7.
Setiba di destinasinya, Lee memberitahu pemandu teksi kitu bahawa dia tidak mampu membayar tambang $17.80 dan meminta dibenarkan naik ke flat saudaranya bagi mendapatkan wang.
Apabila pemandu teksi itu memberi amaran akan menghantarnya ke balai polis, Lee memberi kad pengenalannya dan mencatat nombor telefon pemandu itu sambil berjanji akan membayar beliau esoknya.
Namun, Lee tidak melakukan demikian dan pemandu teksi tersebut, yang masih menyimpan kad pengenalannya, membuat laporan polis pada 18 April.
Lee mengulangi perbuatan tersebut dalam satu lagi kes pada 7 September tahun lalu, melibatkan tambang $25.20. -Cyberita
Apa komen Carolyn Hong Chee Bai dan Lester Kong Kek??
ReplyDelete