Tuesday, July 3, 2012

APA KENA MENGENA PAS DENGAN FELDA?

Apa kena mengena PAS dengan Felda? Setahu aku PAS tak pernahpun menyumbang kepada orang Felda, menibai banyak le. Masa orang Felda susah nak makan dulu, cawangan PAS tak adapun kat Felda. Bila Felda dah mewah, mulalah PAS sibuk.

Mazlan Aliman yang memang tak suka melihat orang Melayu Felda maju dan makmur, kali ini menggunakan seluruh jentera PAS untuk menggagalkan tranformasi kerajaan untuk orang Felda. 

Dengan surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Agung PAS, maka Himpunan Oren yang kononnya untuk selamatkan Felda oleh ANAK, sebenarnya didalangi oleh peneroka Felda atau PAS? Nak tau juga, nanti berapa kerat warga Felda yang terlibat dan berapa ramai pulak ahli PAS yang berarak nanti. Sebab ini adalah "kerahan" untuk ahli PAS bukannya untuk warga Felda.


Selain itu nak tau juga, kenapa PAS jaki sangat dengan kemakmuran dan kemewahan Melayu Felda? Kenapa sentiasa  mengharap dan mendoakan yang buruk-buruk bakal berlaku kepada warga Felda? Kenapa tidak pernah bersangka baik dan mendoakan agar apa yang diusahakan untuk warga Felda berjaya dan mohon Allah pelihara dan redha dengan warga Felda? Agenda siapa yang PAS bawak sebenarnya ini yang jaki dengan kejayaan Melayu? Siapa sebenarnya yang menaja PAS dan ANAK untuk bergerak berkeliling Felda? 

Nak tanya juga, ini kerja orang ada akal ke tidak? Nak bantah apa lagi dengan FGVH? FGVH dahpun disenaraikan, dah diniagakan. Bukankah lebih baik berkumpul itu untuk mengadakan solat hajat minta penyenaraian tersebut berjaya dan menguntungkan. Itu lebih murni dan lebih ikhlas perjuangannya untuk warga Felda, kalau benar PAS berjuang untuk warga Felda!


2 comments:

  1. mustafa ali semakin lupa bahawa berfikir perlu gunakan otak. kini kerja fikir memikir dah diambil alih oleh kepala lutut...

    ReplyDelete
  2. perangai orang melyu kan mereka suka kalau bangsanya melarat,dengki kalau orang lebih sedikit dari dirinya.


    bermacam-macam cara mau menyekat kemajuan bangsanya sendiri,mereka lebih suka bangsa lain maju,

    mereka beranggapan kalau bangsanya mundur dengan mudah dipengaruhi,

    apakah usaha mereka untuk memajukan bangsa selain meminta derma setiap kali diadakan ceramah, pantang jumpa tin kosong dan beg plastik mereka akan jadikan tabung derma.

    ReplyDelete