Sunday, July 22, 2012

APA NAK JADI, ANAK CEKIK IBU

Apa nak jadi dah dengan dunia sekarang? Kejadian ini berlaku di negeri berkebajikan Pakatan Rakyat Selangor. Harap-harap pelakunya bukanlah dari kalangan umat Islam. 

KLANG: Ekoran kesempitan wang, seorang remaja perempuan berumur 15 tahun bersama dua rakan sebayanya tergamak menjerut dan mencekik ibu angkatnya hingga mati ketika cuba merampas gelang emas dipakai wanita itu sebelum membiarkan mayatnya terlantar selama tiga hari di rumah mereka.

Dalam kejadian di Kapar, di sini pada Sabtu lalu, mereka datang ke rumah berkenaan meminta wang tetapi wanita terbabit enggan memberikannya.

Berikutan itu, remaja tersebut dan rakannya bergelut dengan mangsa hingga menjerut dan mencekik mangsa dan pengsan sebelum meninggalkan rumah tanpa menyedari perbuatan mereka itu menyebabkan mangsa sesak nafas dan meninggal dunia.

Tiga hari selepas itu, remaja terbabit pulang semula ke rumah ibu angkatnya itu sebelum terkejut apabila menemui mayat ibunya itu dalam keadaan sudah mereput dan berbau busuk.

Panik dengan penemuan itu, remaja terbabit membuat laporan polis kononnya dia menemui mayat ibunya dalam rumah dan tidak tahu apa yang berlaku.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek bersekolah di sekolah sama di Kapar.

"Anak mangsa bersama dua rakannya dipercayai menjerut wanita berusia 72 tahun menggunakan objek yang belum dikenal pasti, sebelum membiarkan mayatnya terlantar di satu ruang dalam rumah begitu saja kerana bimbang perbuatan mereka diketahui," kata sumber itu.

Polis yang curiga dengan laporan kematian yang dibuat remaja terbabit bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan pemeriksaan.

Siasatan awal polis menunjukkan terdapat kesan lebam pada leher dan muka mangsa.

"Polis menahan suspek dan selepas disoal siasat, suspek mengaku membunuh ibunya bersama dua lagi rakan.

"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin (Rabu lalu) bagi mendapatkan perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga 24 Julai ini," kata sumber itu.

Menurut sumber, polis masih mengesan rakan suspek yang masih bebas dan gerakan mencari sedang giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Klang Utara, Superintenden Mohamad Shukor Sulong, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan. Sumber


No comments:

Post a Comment