Beginikah perangai puak-puak yang mengaku ingin membela nasib warga Felda? Ketika kerajaan BN bertungkus lumus berusaha untuk meninggikan lagi taraf ekonomi warga Felda, mereka bersorak gembira bila melihat saham FGV jatuh. Itu baru saham turun sedikit kerana sentimen pasaran, bagaimana agaknya kalau saham FGV merudum dan rugi? Mungkin puak-puak ini akan mengadakan kenduri kesyukuran besar-besaran hanya untuk memuaskan hati mereka.
Bukannya mereka ingin tolong mendoakan yang baik-baik untuk warga Felda, tetapi mereka mengucapkan tahniah pula dan mengharapkan perkara yang lebih buruk lagi akan menimpa warga Felda. Gambar di atas adalah status di wall FB puak-puak pembangkang. Mereka amat bangga dengan kejatuhan harga FGV!
Bangkitlah warga Felda. Tolaklah totok-totok PAS dan Pakatan yang sememangnya mengidam untuk melihat warga Felda susah. Mereka tidak akan menolong anda, bahkan doa dan harapan mereka adalah yang buruk-buruk belaka untuk warga Felda. Nyahkan mereka dari persekitaran Felda!
Aduhai.. kenapa mereka masih kuat dengan penyakit hasad dengki ni? Bulan Ramadhan pulak tu. Tak akan dapat cium bau syurga kalau tak sempat bertaubat...
ReplyDelete