Betul ke Himpunan Oren siang nanti mendapat sokongan dari warga Felda? Berapa ramai agaknya warga Felda yang akan hadir nanti? Dan dari warga Felda yang hadir nanti, berapa orang yang benar-benar berstatus peneroka?
Kalau tengok kepada banner ANAK ni, Himpunan Oren nanti tak ubah sebagaimana banner tersebut. Dengan tulisan yang 'huru hara', begitulah juga dengan Himpunan Oren nanti. Banner Himpunan Oren tak ubah seperti anak-anak main conteng-conteng. Maka rasanya memang matlamat ANAK untuk menconteng 'kekotoran' dalam kewujudan Felda yang telah membela ratusan ribu keluarga Melayu Islam.
Bagi aku, Himpunan Oren nanti hanyalah permainan PAS yang ahlinya memang dah gian dengan tunjuk perasan. Dan Himpunan Oren juga merupakan medan lumayan untuk para pemimpin PAS menjalankan aktiviti 'memungut'. Sekiranya tidak, masakan Ibu Pejabat PAS Pusat sanggup mengeluarkan surat kerahan. Kalau nak dikira keanggotaan masyarakat Felda dalam PAS, berapa kerat sangat? Mazlan Aliman yang menjadi Pengerusi ANAK sendiripun tak mampu untuk mengumpulkan walau 10 orang dari kampung halamannya sendiri di Felda Bukit Ramun untuk turut menyertai Himpunan Oren itu.
Dikelantan ada ke tanah rancangan yang lebeh baik dari FELDA,Pas dh 20th memerentah,yang dikecam FELDA,buatlah contoh tanah rancangan xpayah luas dalam 20 ekar,kalau memang baik dari FELDA aku x pangkah BN
ReplyDeletePeneroka wati sedang menerima cek 5 ribu sekarang nih...mana2 yg.sokong himpunan oren nih harap dapat koyakkan cek tu depan kamera tv..Lepas tu mohon jadi ahli Ladang Rakyat kat Kelantan..Aku jamin kat sana lebih baik dari felda...
ReplyDeletep/s: felda harus pastikan mazlan aliman tidak mengambil cek 5 ribu untuk anak peneroka yg.dijadual sebelum raya.Kalau dia amik juga,pastikan kena buat posing sambil pegang cek tunjuk tanda Baguss..
Gen2Felda Kahang Timur.