Tuesday, July 24, 2012

PAKATAN RAKYAT TAKUT UNTUK TEPATI JANJI


Apa yang nak dirisaukan dengan tema Hari Kebangsaan ke 55, JANJI DITEPATI? Sudah memang wajar, sebagai bangsa yang merdeka selama 55 tahun, rakyat diingatkan agar menepati janji. Aku sendiri kengkadang "ter"mungkir janji! Malah menepati janji merupakan ciri-ciri kehidupan yang dituntut dalam Islam.

Kenapa puak Pakatan takut sangat dengan tema JANJI DITEPATI? Lebih-lebih lagi PAS. Setiausaha Agungnya, Stapa Ali siap memberikan tempoh seminggu kepada kerajaan untuk menukar slogan Hari Kebangsaan tersebut. Macam berhantu orang PAS dengar tema JANJI DITEPATI.

Nampak sangat puak Pakatan memang sekadar suka berjanji tetapi tak mahu menepati janji-janji mereka. Sekiranya apa yang mereka janjikan mampu mereka tunaikan, rasanya tiada apa celanya pada slogan tersebut, malah sepatutnya PAS yang kononnya memperjuangkan nilai-nilai Islam menyambut baik slogan tersebut. Mungkin boleh sahaja PAS dan puak Pakatan menuntut pula mana-mana janji yang dibuat oleh kerajaan yang belum ditepati agar ditunaikan segera. Dalam masa yang sama, PAS dan sekutu Pakatannya kenalah juga menunaikan janji-janji mereka agar ditepati. Bukankah ianya menguntungkan rakyat!

Ini tidak, menurut Stapa lagi, kiranya kerajaan tidak menukar slogan tersebut, PAS dan rakan Pakatannya mungkin akan menyambut Hari Kebangsaan ke 55 pada tahun ini dengan menggunakan slogan sendiri. Untuk itu aku cadangkan kepada Stapa dan rakan-rakannya agar menggunakan slogan "MUNGKIR ADALAH JANJI PAKATAN"!!!


No comments:

Post a Comment