Tuesday, July 10, 2012

PENJAWAT AWAM DIARAH BER"FB" WAKTU KERJA


Hebat juga pengaruh FB ni sehinggakan penjawat awampun diarahkan untuk melayari FB dalam waktu pejabat. Arahan ini bertujuan supaya penjawat awam dapat mengetahui keperluan semasa rakyat dan sentiasa dapat berhubung dengan orangramai.


Namun begitu, arahan ini bukanlah untuk penjawat awam di Malaysia. Ianya adalah untuk penjawat awam di Britain. Menurut Sir Bob Kerslake lagi, “Jutaan orang menggunakan media sosial dan cenderung berbual dengan pegawai kerajaan mengenai perkhidmatan awam yang diperlukan dan cara ini memudahkan mereka. Ia boleh berjaya jika ia membabitkan dua pihak yang benar-benar jujur."

Tapi rasanya kat Malaysia lum boleh lagi. Kalau diberi kebebasan berFB, alamat asyik bercerita politik aje le, lebih-lebih lagi bila ada gambo Guan Eng duduk sopan menikus sebelah bini!




No comments:

Post a Comment