Friday, August 10, 2012

16 DAN 17 OGOS CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN, MAK BAPAK KERJA LAGI

Mesyuarat kabinet pada Rabu lepas telah bersetuju untuk menjadikan 16 dan 17 Ogos ini sebagai cuti berganti persekolahan untuk menghadapi Aidilfitri. Hari persekolahan akan diganti pada 8 dan 22 September.

Cuti berganti untuk menghadapi perayaan ni dah macam satu budaya kat Malaysia. Pernah aku menulis di blog aku ni yang menyatakan rasa kurang setuju dengan langkah itu (sini).

Suasana biasa bila bersekolah pada hari gantian, banyak kerusi yang kosong.
Benarkah cuti berganti ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas dimusim perayaan? Atau setakat nak bercuti sahaja? Apa maknanya kalau anak-anak yang dah bercuti dari persekolahan tetapi mak bapaknya masih lagi bekerja? Bukannya anak-anak tu boleh memandu sendiri balik ke kampung. Kalau nak harap warga pendidik yang bergerak dahulu pulang ke kampung, berapa peratuskah warga pendidik yang pasangan suami isteri bekerja sebagai guru dan dapat memanfaatkan cuti awal tersebut?

Cukup-cukuplah membudayakan "Raya Sakan" ini. Tak perlulah lagi cuti-cuti berganti dimasa hadapan. Berharirayalah seadanya. Apa yang penting dimasa perayaan ialah bukannya cuti yang panjang, tetapi ialah berapa panjang duit yang ada yang boleh digunakan untuk tujuan berziarah dan merapatkan lagi silaturrahim.


No comments:

Post a Comment